| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bersama Komuniti - Hal Ehwal Antarabangsa & Pemindahan

                

Program ITOP merupakan suatu program pemindahan banduan antara negara mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam triti yang dipersetujui bersama. Konsep pelaksanaan hukuman yang diamalkan oleh Malaysia adalah ‘enforcement of balance sentence’ iaitu menyambung baki hukuman di negara asal dengan tidak membabitkan pindaan pada hukuman pemenjaraan.

 

Program ITOP menyediakan peluang membawa balik banduan warga negara Malaysia yang ditahan di luar negara bagi menjalani baki hukuman pemenjaraan dalam persekitaran yang lebih kondusif di Malaysia. Ianya juga membolehkan banduan warga negara asing dipindahkan ke negara asal bagi menjalani baki hukuman pemenjaraan, sekali gus dapat mengikuti program pemulihan mengikut acuan dan budaya negara mereka sendiri dan memudahkan pengintegrasian semula mereka ke dalam masyarakat.

Program pemulihan yang dijalani di tempat tinggal asal banduan mengikut budaya dan norma tempatan adalah lebih efektif berbanding pemulihan di negara luar dari sudut psikologi banduan itu sendiri.

Selain itu, program ini dapat mengurangkan kos perjalanan keluarga untuk melawat banduan di negara luar dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan kekerapan lawatan keluarga terhadap banduan.

Impak yang besar juga kepada negara kerana dapat membawa pulang rakyat Malaysia ke tanah air serta dapat mengeratkan lagi hubungan diplomatik kedua-dua negara yang terlibat.

Hampir 14% daripada jumlah banduan dengan anggaran seramai 10,000 orang yang ditahan di dalam penjara adalah terdiri daripada banduan warga asing dari lebih 80 negara dengan pelbagai kesalahan. Daripada jumlah tersebut 18% adalah layak untuk mengikuti Program ITOP dengan anggaran 1,700 orang banduan. Jika jumlah banduan yang layak mengikuti program ini dinisbahkan kepada kapasiti sebenar institusi penjara berkapasiti sederhana seperti Penjara Taiping atau kesemua 10 buah Pusat Reintegrasi Penghuni boleh ditutup sepenuhnya.

Permohonan Mengadakan Program ITOP
Negara-negara ASEAN yang telah melaksanakan Program ITOP ialah Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Brunei, Filipina dan juga Malaysia. Manakala Indonesia, Singapura dan Myanmar tidak melaksanakan program ini.

Sehingga ke tahun 2021, selepas model triti ITOP dimuktamadkan, Malaysia telah menghantar 6 permohonan ke negara luar di rantau Asia dan telah menerima 16 permohonan dari negara luar bagi permulaan untuk mengadakan
Program Pemindahan Antarabangsa Banduan.

Seperti di atas adalah 6 negara tersebut beserta tarikh permohonan daripada Kerajaan Malaysia.

Seperti di atas adalah 16 negara tersebut beserta tarikh permohonan kepada Kerajaan Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Hal Ehwal Antarabangsa & Pemindahan, sila hubungi 03-87328000 samb.8364 atau Emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.