| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Parol & Perkhidmatan Komuniti - Rumah Perantaraan

Rumah Perantaraan merupakan premis tempat tinggal, tempat riadah dan kelas-kelas pembelajaran sementara yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama NGO bagi menempatkan Orang Diparol (ODP) dan bekas banduan (Residen) yang baru dibebaskan setelah tamat menjalani hukuman di penjara.

Rumah yang disediakan lengkap dengan kemudahan asas termasuk makan dan minum kepada ODP dan bekas banduan yang baru bebas dari penjara dan tiada tempat untuk tinggal kerana tiada keluarga atau keluarga enggan untuk menerima mereka kembali atau mereka yang secara sukarela untuk tinggal di situ. Bekas banduan akan tinggal selama tidak lebih 3 bulan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Parol & Perkhidmatan Komuniti di 0387328414 atau Emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.