| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hal Ehwal Antarabangsa & Pemindahan - Rundingan

                

Bagi memuktamadkan triti antara kedua negara, rundingan hendaklah diadakan terlebih dahulu bagi menyesuaikan kandungannya dengan perundangan domestik serta praktis semasa di kedua-dua negara. Walaupun Malaysia telah menghantar dan menerima permohonan bagi mengadakan Program ITOP dari perbagai negara, rundingan hanya berlangsung dengan 2 buah negara sahaja iaitu Thailand dan Ukraine atas pelbagai faktor antaranya ialah pandemik COVID-19.

Rundingan kali Pertama ialah dengan negara Thailand yang telah diadakan pada 4 hingga 5 April 2019 di Hotel Al-Meroz, Bangkok. Delegasi Malaysia seramai 5 orang telah menghadiri sesi rundingan tersebut. Rundingan adalah lebih menjurus kepada perundangan masing-masing memandangkan ini merupakan kali pertama bagi Malaysia mengadakan rundingan pemindahan antarabangsa banduan. Rundingan hanya dibuat sehingga ke Artikal 7 sahaja daripada 14 artikel.

Rundingan kali kedua dan masih dengan negara Thailand telah diadakan pada 24 hingga 25 Julai 2019 di Hotel Ames, Melaka. Walaupun rundingan telah selesai melihat keseluruhan kandungan triti, namun kandungan triti tersebut masih belum dapat dimuktamadkan lagi dan memerlukan rundingan bagi sesi ke 3. Sehingga akhir tahun 2021, Kementerian Luar Negeri telah memaklumkan bahawa tarikh rundingan bagi sesi ketiga masih belum diputuskan lagi oleh pihak kerajaan Thailand.

Rundingan dengan negara kedua selepas Thailand adalah dengan negara Ukraine. Malaysia telah berjaya memuktamadkan kandungan triti bersama negara Ukraine hanya dengan sekali rundingan sahaja. Rundingan telah berlangsung dan dimuktamadkan pada 24 hingga 25 Februari 2020 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. 

MJM berhubung urusan pemeteraian Triti ITOP Malaysia-Ukraine telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 11 Disember 2020. Majlis Pemeteraian Treaty on International Transfer of Prisoners (ITOP) antara Kerajaan Malaysia dan Ukraine telah berlangsung pada 12 April 2021 di The Zenith Hotel, Putrajaya. Bagi pihak Kerajaan Malaysia, pemeteraian diwakili oleh YBhg Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, manakala bagi pihak negara Ukraine diwakili oleh TYT Olexander Nechytaylo, Duta Besar Ukraine ke Malaysia.

Statistik Warga Malaysia Yang Memohon Pulang Menjalani Baki Hukuman Di Malaysia

Berikut adalah statistik yang telah diterima daripada warganegara Malaysia yang ditahan di penjara luar negara walaupun rundingan belum dibuat atau belum selesai apatah lagi triti belum ditandatangani.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Hal Ehwal Antarabangsa & Pemindahan, sila hubungi 03-87328000 samb.8364 atau Emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.