| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hal Ehwal Antarabangsa & Pemindahan - Soalan Lazim

                

 

Di Malaysia tiada program pertukaran banduan asing (Prisoner Exchange) antara negara-negara serantau, sebaliknya Malaysia mempunyai Program Pemindahan Antarabangsa Banduan (Transfer of Prisoners) yang telah diwartakan melalui Undang-Undang Malysia Akta 754, Akta Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012.

Program Pemindahan Antarabangsa Banduan (ITOP) adalah satu program yang membolehkan banduan warga asing yang dipenjarakan di Malaysia untuk dihantar ke negara asal bagi menjalani baki hukuman mereka dan membolehkan rakyat Malaysia yang menjalani hukuman penjara di negara asing untuk kembali ke Malaysia untuk meneruskan baki hukuman mereka di Malaysia.

Program ini bertujuan untuk membantu banduan menjalani proses pemulihan yang lebih berkesan supaya berjaya menyesuaikan diri di kalangan masyarakat apabila di bebaskan kelak. Disamping itu ianya juga dapat mengukuhkan lagi hubungan kemanusiaan apabila banduan pulang menjalani hukuman di negara sendiri.

Pemindahan banduan pulang ke negara asal juga bukan bermaksud untuk meringankan atau memudahkan hukuman pemenjaraan melainkan ianya bertujuan untuk memastikan mereka menjalani program pemulihan yang lebih efektif di negara asal.

Permohonan untuk pemindahan keluar ke negara asing boleh dikemukakan selepas banduan dijatuhkan hukuman dan dipenjarakan. Bagaimanapun, proses permohonan pemindahan banduan ke negara asing hanya akan diproses setelah hukuman pemenjaraan banduan itu adalah muktamad dan telah habis semua rayuan di mana-mana mahkamah. Banduan diminta untuk membayar semua atau sebahagian daripada kos yang terlibat dengan pemindahan mereka. Program ini akan membantu mengurangkan kos pengurusan banduan warga asing di penjara.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Hal Ehwal Antarabangsa & Pemindahan, sila hubungi 03-87328000 samb.8364 atau Emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.