| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bersama Komuniti - Pengurusan Banduan

Jabatan Penjara Malaysia terus bertekad memperkasakan program pemulihan dalam komuniti memandangkan keberkesanan yang tinggi menerusi pencapaian kadar residivis atau pengulangan perlakuan jenayah di kalangan penghuni penjara sangat rendah bagi penghuni penjara yang mengikuti program pemulihan dalam komuniti berbanding penghuni penjara yang menjalani hukuman sepenuhnya di dalam penjara. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui pencapaian kadar residivis banduan iaitu sebanyak 18.6%, berbanding dengan residivis banduan menjalani pemulihan dalam komuniti iaitu 0.24% pada tahun 2022. Naratif perluasan dan pemerkasaan pemulihan dalam komuniti ini memberi impak yang positif menerusi pencapaian kadar residivis yang lebih rendah sekaligus dapat mengurangkan kesesakan dan mengurangkan kos pengurusan banduan.

Pada tahun 2022, jumlah penghuni penjara adalah seramai 71,334 orang iaitu melebihi kapasiti seramai 65,762 orang. Keadaan ini menunjukkan lebihan kapasiti sebanyak 8.47% atau seramai 5,572 orang yang menimbulkan ketidakselesaan di dalam penjara dan menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menanggung kos pengurusan banduan yang tinggi setiap tahun.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Banduan di 0387328000 samb. 8372 / 8054 atau Emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.