| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa 1445H Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Majlis Berbuka Puasa 1445H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Selasa, 26 Mac 2024 bersamaan 15 Ramadan 1445H di Perkarangan Surau Al-Hidayah, Penjara Taiping. Majlis dimulakan dengan Amanat daripada YDH PKK Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Taiping, Bacaan Tahlil Ringkas dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhamad Firdaus bin Abdullah, dan Majlis Berbuka Puasa serta Solat Maghrib Berjemaah. Majlis turut dihadiri oleh PP Shahrul Izzat bin Hamid, Timbalan Pengarah Penjara Taiping, para pegawai kanan serta anggota penjara. Majlis bermula jam 6.30 petang dan berakhir sekitar jam 8.00 malam dan disertai oleh 40 orang penghuni. Penghuni-penghuni lain turut menikmati juadah berbuka puasa istimewa di blok penempatan masing-masing.