| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bicara Mufti Jabatan Mufti Negeri Melaka Bersama Penghuni Pusat Koreksional Jasin Melaka Bagi Tahun 1445H/2024M

Pada 21 Mac 2024 bersamaan 11 Ramadan 1445H (Khamis), telah berlangsung program Bicara Mufti di Pusat Koreksional Jasin. Aturcara program telah bermula seawal jam 2.30 petang dengan slot ceramah motivasi oleh Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh, Pakar Motivasi dari Hushim Motivational & Counselling Consultancy dan seramai 150 penghuni telah terlibat dalam sesi ini. Seterusnya, seramai 60 peserta tadarus dalam kalangan penghuni telah memulakan bacaan tadarus Al-Quran bermula dari 1 ramadan dan telah mengkhatamkan bacaan Al-Quran pada 5.30 petang. Acara seterusnya adalah Slot Bicara Mufti bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil dan Majlis penyerahan Mock Cheque Zakat Fitrah bagi 281 penghuni berjumlah RM1,967.00 diserahkan oleh wakil penghuni kepada Pengurus Zakat Melaka Daerah Jasin, Encik Mohd Shariazwan bin Mohd Zaini. Sebagai tanda penghargaan, peserta tadarus ini dipilih untuk bersama-sama dengan YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira bagi program Iftar Jamaie‘ dan menunaikan Solat Sunat Tarawih bersama Mufti di Surau Al- Hidayah. Turut hadir menjayakan program PKP Mohd Idlan bin Jamil, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan wakil ketua-ketua institusi Penjara Negeri Melaka.