| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Intervensi ODP/OBB/ODS Dalam Menghayati Bulan Ramadhan Peringkat Penjara Negeri Johor Tahun 2024

Pada 2 April 2024, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor telah mengadakan Program Intervensi ODP/OBB/ODS Dalam Menghayati Bulan Ramadhan Peringkat Penjara Negeri Johor. Pengisian program yang dijalankan ialah penyediaan bubur lambuk secara gotong-royong dan pengagihan Bubur Lambuk disekitar Daerah Kluang yang melibatkan agensi kerajaan, swasta, komuniti setempat serta majikan- majikan yang terlibat dalam Program Corporate Smart Internship (CSI). Seterusnya diadakan Majlis Berbuka Puasa melibatkan jemputan dari agensi kerajaan dan swasta serta majikan-majikan yang terlibat dalam program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh TKP Meor Azizi Sapawi bin Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Negeri Johor dan seterusnya penyampaian sumbangan kepada 2 Maahad Tahfiz yang terpilih. Turut hadir menjayakan program Tuan Haji Sabaruddin Bin Isnin, Kadi Daerah Kluang, Tuan Haji Senen Bin Dollah, Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Johor, Ketua Jabatan / Wakil Ketua Jabatan dan Agensi Daerah Kluang, Syarikat CSI, PKK Walace anak Nawon, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor, PP Rahmat Bin Abdullah, Ketua Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor, pegawai-pegawai kanan dan anggota institusi Penjara Negeri Johor serta ODP/OBB/ODS PRP Kluang, Johor.