| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Peringkat Prospek Penjara Kajang 2024M/1445H

Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Peringkat Prospek Penjara Kajang 2024M/1445H telah diadakan pada hari Rabu, 3 April 2024 di Surau at-Taqwa, Penjara Kajang. Majlis dimulakan dengan majlis khatam al-Quran yang dipimpin oleh SJN Muhammad Hafis Bin Mohamad Foizi. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada TKP Tuan Preshahdin Bin Monshee, Pengarah Penjara Kajang. Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid oleh prospek. Majlis diteruskan lagi dengan takzirah penghayatan Ramadan yang disampaikan oleh al-Fadhil Us Afendi Bin Ishak, majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. Hadir sama dalam program ini ialah pegawai-pegawai kanan dan anggota Penjara Kajang. Seramai 100 orang prospek bersama dalam program ini.