| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Jamai'e Perdana Anjuran Masjid Sultan Muhammad V, Peringkat Penjara Sungai Udang

Penjara Sungai Udang, Melaka -  Pada 02 April 2024 (Selasa) bersamaan 22 ramadan 1445H, Masjid Sultan Muhammad V, Penjara Sungai Udang, Melaka telah menganjurkan Majlis Iftar Jama'ie Perdana Peringkat Penjara Sungai Udang. Turut hadir YBhg. Datuk KJP Haji Nordin bin Haji Muhamad bersama YBhg. Datin Hajah Zihana Binti Mohd Zin, Yang Dipertua PERSIAP. Kehadiran Datuk KJP telah disambut oleh TKP Khairil Nizam bin Anuar, Pengarah Penjara Sungai Udang bersama YBhg. Datuk Roslan bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka. Majlis diserikan dengan kehadiran Tn. Hj. Mohd Fairus bin Ahmad, Pengerusi Global Peace Mission (GPM) Negeri Melaka, EXPOAM Negeri Melaka dan kakitangan Penjara Sungai Udang bersama keluarga. Antara pengisian majlis tersebut adalah penyampaian sumbangan daripada Global Peace Mission Negeri Melaka  kepada anak-anak yatim, golongan asnaf dan saudara baru (mualaf). Selain itu, pemberian duit raya kepada anak-anak kakitangan yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk KJP Haji Nordin bin Haji Muhamad bersama YBhg. Datin Hajah Zihana Binti Mohd Zin.