| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Dan Lawatan Kerja Pengarah Penjara Sarawak Ke Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA

Pada 1 April 2024 (Isnin), Pengarah Penjara Sarawak, TKP Teyun Thian Eim telah mengadakan mesyuarat dan lawatan kerja ke Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 pagi itu juga turut dihadiri oleh PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Setelah selesai mesyuarat pada jam 11.30 pagi, beliau telah mengadakan lawatan ke Blok Bengkel yang menempatkan Bengkel Tenun, Bengkel Jahit dan Dobi. Pada sebelah petang beliau telah mempengerusikan Program Executive Talk yang telah dihadiri seramai 50 orang kakitangan institusi ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.15 petang. Beliau juga turut hadir ke Majlis Iftar Ramadan Kakitangan Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA bagi bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Selain itu, majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Ketua-Ketua Institusi dan wakil-wakil institusi Penjara Sarawak. Antara pengisian majlis tersebut adalah Khatam Al-Quran, penyampaian cenderahati kepada yang terlibat dengan tadarus Al-Quran serta petugas Surau At-Taqwa sepanjang bulan Ramadan iaitu Imam, Bilal, dan Marbot. Majlis juga telah menjemput dan menyampaikan sumbangan kepada 10 orang golongan asnaf sekitar Bintulu dan sumbangan raya kepada kakitangan Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Majlis diakhiri dengan solat tarawih berjemaah dan moreh.