| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 Di Penjara Sungai Udang, Melaka

Pada 4 April 2024 (Khamis), bertempat di Penjara Sungai Udang, Melaka. Telah diadakan Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL). Pelepasan ini disempurnakan oleh YDH. PKK Mohd Hafizey bin Yahaya, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang dan PP Mohd Suffian bin Md Said, Penguasa Penjara, Penjara Sungai Udang, Melaka. Seramai (38) prospek lelaki dan (2) prospek wanita telah diluluskan untuk mengikuti program (PBSL). Ianya turut melibatkan (15) ke Rumah Keluarga, (20) ke CSI dan (5) ke Rumah Perantaraan. Diluar pintu utama Prospek mengangkat tangan bagi membaca ikrar syarat-syarat PBSL di hadapan TPP Mohd Anuar bin Atan dan mendengar sedikit penerangan berkaitan program PBSL bersama semua ahli keluarga yang hadir. Majlis berakhir pada jam 2.30 petang selepas penyerahan dokuman kepada pihak keluarga. Semoga peluang yang diberikan oleh Jabatan Penjara Malaysia ini dapat membantu prospek menjalani peluang pekerjaan serta peluang kedua agar mereka boleh menyesuaikan diri bersama keluarga dan masyarakat.