| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran 1445H Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Majlis Khatam Al-Quran 1445H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis, 04 April 2024 bersamaan 24 Ramadan 1445H di Surau Al-Hidayah, Penjara Taiping. Majlis ini diadakan bertujuan meraikan penghuni-penghuni yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran dalam Program Tadarus Al-Quran Ramadan 1445H. Majlis dimulakan dengan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran dan diakhiri Doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Buhori bin Mohaiddin. Majlis turut dihadiri oleh YDH PKK Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Taiping. Beliau juga turut menyampaikan ucapan dan amanat kepada para penghuni serta memberikan sumbangan hadiah kepada peserta tadarus dan penghuni muallaf. Majlis ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir sekitar jam 4.15 petang dan disertai oleh 100 orang penghuni.