| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Derma Darah Pusat Koreksional Bintulu/PPK/PPA Tahun 2024

Pada 24 April 2024 (Rabu), telah diadakan Program Derma Darah anjuran AKRAB dan Unit Rawatan Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dengan kerjasama 11 kakitangan Unit Tabung Darah Hospital Bintulu yang diketuai oleh Dr. Azrai Razali. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan di peringkat institusi dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah dan mengamalkan gaya hidup sihat, serta menyemai sifat keprihatinan terhadap penderitaan insan yang memerlukan. Seramai 28 orang kakitangan dan ahli PERSIAP telah berjaya menderma pada kali ini. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ni telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari.