| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Cerpen

1. AKU DI TIRAI BESI

Dong...dong...dong...Tirai besi tertutup, mata ku hanya dapat melihat kelibat para pegawai sedang memerhatikan gerak geri kami. Tiba-tiba... terdengar satu suara "Wahh ramai juga banduan yang masuk petang ini. Ahh... kamu semua dengar, kepala tunduk dan tangan di belakang." Suara yang garang tadi telah membuatkan diri ku di belenggu ketakutan. Hati kecil ini bertanya? Adakah ini hanya permulaan bagi diri ku untuk menerima segala apa yang telah aku lakukan? Perasaan takut dan fikiran yang bercelaru hanya membelenggu minda ku. Pakaian yang aku pakai telah bertukar, baju dan seluar yang pakai tidak sama lagi dengan apa yang aku pakai di luar. Aku lihat ke kiri satu kumpulan yang berbaju ungu. Aku bertanya pada diri ku sendiri "Apakah keslaahan aku berbeza dengan mereka? Atau ia hanyalah..."Ahh... kamu semua bangun...! terkejut mendengar satu suara lagi menyuruh kamu semua bangun dan beredar dar tempat kami menukar pakaian dan menyimpan pakaian serta baran-barang yang kami pakai di luar.
Tanpa mendapat melihat sekeliling kawasan... telinga ku hanya mampu mendengar suara-suara para banduan lain dan yang paling membuatkan diri ku berasa kurang selesa dengan perasaan takut yang masih belum holang, aku dan para kumpulan banduan lain telah di kumpul di satu kawasan yang aku pun tidak tahu di mana aku berada ketika itu. Hati kecil bertanya lagi "Apakah yang akan terjadi selepas ini...?" tanpa ku sedari satu kotak berwarna putih muncul di hadapan tempat aku sedang duduk. "Apa tunggu lagi... bukalah makanan kamu itu? Makan cepat! Faham!!! apa yang kamu tunggu lagi". Perasaan terkejut aku masih belum hilang. Aku dan banduan lain kelam kabut membuka kotak putih yang ada di hadapan kami. Bila saja mulut ini mengunyah makanan yang sedang aku jamah, perasaan takut berubah menjadi sedih merasakan pahitnya kehidupan yang akan aku tempuhi. Bila saja selesai, kami di bawa ke tempat kami untuk merehatkan tubuh badan. Fikiran ku masih terpingga-pingga...ke mana arah tuju? Kumpulan banduan yang ramai tadi akhirnya telah menjadi sedikit. Kami telah dipecah-pecahkan menjadi kumpulan kecil. Kaki ini hanya mampu melangkah tanpa memikirkan apa akan terjadi selepas ini.
Tanpa ku sedari kami telah tiba di blok yang kami tuju. Kami didatangi oleh pegawai yang bertugas di blok tersebut. " Kamu ingat... jangan sekali-kali kamu cuba untuk menunjukkan samseng dan keberanian kamu di sini. Kamu faham! Di dalam hati kecil ku ini .... ketakutan mula melanda lagi. Aku dimasukkan ke dalam blok kecil bersama tiga banduan lain. Ku lihat yang tiga gelagat rakan sebilik ku. Dapat aku bayangkan yang perasaan mereka sama seperti apa yang aku rasakan. Aku hanya mampu untuk berdiam diri. "Blok bawah dan atas...full in... Apa itu full in?" kita diminta untuk berhimpun kerana bilangan muster ingin dikira. Apa lagi yang kamu pakai baju dan duduk mengikut barisan, seorang rakan sebilik menjawab pertanyaan aku tadi. Aku pun bergegas memakai baju dan duduk di dalam barisan. Full in... Full in... Full in....! aku bersama rakan sebilik terkejut mendengar suara tersebut. Tanpa kami sedari pegawai yang bertugas berada di hadapan bilik kami. " Kamu masih tidur, kamu ingat ini apa... hotel? Cepat siapkan diri kamu... bilangan muster mahu dikira, faham?" Faham cikgu. Setelah selesai aku pun duduk memikirkan diri ku, seolah-olah airmata ku ingin jatuh mengenangkan kehidupan luar dan kehidupan yang ku jalani saat ini. Seketika itu, fikiran ku..." Apa yang kamu khayalkan? Janganlah difikirkan sangat kenapa dan mengapa kau berada di sini? Kau kena terma hukuman ini dan cuba untuk menilai semula diri agar tidak mengulangi nasihat yang diberikan oleh rakan sebilik. Memang betul apa yang dikatakan olehnya. Aku kena tempuhi kehidupan ini walaupun amat pahit untk ditelan. Namun inilah apabila diri ini telah lupa dan leka pada semuanya.
Tanpa ku sedari masa berlalu dengan pants sekali, hari-hari yang aku lalui di tirai besi ini dapat ku harungi walaupun amat pahit dan susah aku jalani. Namun banyak pengajaran yang dapat aku pelajari berada di dalam tirai besi. Baru ku tahu betapa pentingnya untuk diri ini mempunyai jati diri serta tanggungjawab dalam menjalani kehidupan tanpa terjerumus ke kancah dadah yang pernah menjadi satu kehidupan masa lampau ku. Di dalam tirai ini juga baru ku tahu betapa indahnya apabila aku dapat mendekatkan diri ku pada yang maha kuasa, sedangkan semasa aku berada di luar aku tidak pernah pun untuk mencuba mendekatkan diri ku pada rumah Allah S.W.T. apatah lagi membuka kitab Al-Quran. Aku amat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk memperbaiki diri sendiri, takdir yang telah Allah S.W.T berikan pada aku ini betul-betul telah mengajar ku agar tidak membuat kesilapan dan kesalah dalam kehidupan. Memang betul apa yang diperkatakan oleh orang-orang tua... buat jahat jangan sekali. "Apa yang kamu renungkan tu !!! Janganlah direnung sangat dinding tu... nanti pecah pula". Tersenyum aku mendengar gurau senda rakan sebilik ku. Setelah sekian lama aku berada di dalam tirai besi ini, tibalah saat aku meninggalkan tirai yang banyak mengajar aku mengenal erti kehidupan, bertanggungjawab pada diri, keluarga dan masyarakat. Dong... Dong... Dong.........

Hasil Karya

SMPP: 87-12-00687

2. BUDI MATI
Kesesakan lalu lintas seperti menjadi satu kebiasaan bagi penduduk di ibu kota. Keadaan akan bertambah teruk apabila menjelang waktu kemuncak. Ketika itu kenderaan akan berduyun-duyun memenuhi jalan raya, sehingga menyesakkan dada dan memberikan tekanan emosi. Ia akan menjadi biasa apabila tahap kesabaran dapat dikawal dengan baik.
Kereta dipandu Harith Shah memasuki ke kanan rumah banglo yang sederhana mewah itu sekitar jam 6.45 petang setelah hampir satu jam setengah meredah lautan kenderaan. Keletihan terpapar di wajah Harith. Ketika itu juga terpacul wajah tua ibu mertuanya di muka pintu menyambut Harith Shah.
"Assalamualaikum...Ibu..." Harith salam.
"Waalaikumsaalam...Ha Shah baru sampai, lewat hari ni? Kenapa muka Shah pucat saje ni?" tanya Puan Anita selepas menyambut huluran tangan menantunya.
"Pucat sedikit ibu, kerja banyak dan jalan sesak pula petang ni," jawab Harith Shah perlahan sambil terjengah-jengah ke dalam rumah seperti mencari sesuatu."Mana Mira, ibu?" Tanya Harith Shah sambil membuka sepatu. " Ada di dalam tu tengah buat kerja sekolah, dari tadi dia tanya kamu?"Isteri kamu tu...apa lagi lepas balik dari kerja terus duduk dalam bilik tak keluar-keluar, tolong kamu nasihatnya Shah. Ibu tak tahu nak cakap macam mana lagi," terang Puan Anita."Insya Allah ibu, Shah minta diri naik atas mandi dan bersiap untuk solat maghrib" pinta Harith kepada Puan Anita."Yalah jangan lupa turun makan lepas solat, bibik dah masak makan malam," beritahu Puan Anita.
Sebelum menuju ke bilik, dia akan mendapatkan anaknya, dicium pipi barulah lega perasaannya. Hilang penat bekerja apabila mendengar si kecil berceloteh panjang.
"Tuk...tuk...Ida..." Harith memanggil dari luar, terus memulas tombol masuk ke dalam bilik selepas panggilannya tidak berjawab. Dia sentiasa berhati-hati takut isterinya berpakaian menjolok mata.
"Ida dah lama balik?" tanya Harith Shah selepas melihat isterinya. Walaupun dia berhak ke atas wanita yang baru dua bulan dinikahinya itu. Selepas solat Harith akan sentiasa berdoa untuk kebahagiaan keluarganya juga Ibu bapanya yang telah meninggal dunia.
"Kenapa kau terima cadangan ibu agar kahwini aku? Aku tak boleh terima kau, aku sudah anggap kau seperti abang aku" kata Asmida tidak berpuas hati.
"Kenapa Ida tak bantah cadangan ibu dahulu, Shah hanya memenuhi permintaan ibu demi membalas jasanya" balas Harith Shah.
"Kenapa aku jadi mangsa untuk kau balas jasa" balas Asmida keras.
"Cinta boleh dipupuk Ida, jasa ibu tak ternilai bagi Shah" balas Harith Shah lagi.
"Itu masalah kau, kenapa aku yang terbabit? Boleh tak kau lepaskan aku?" kata Asmida.
Tersentak Harith Shah dari lamunannya apabila kakinya dipegang anak tirinya Amira. Kedingingan malam di taman itu membuatkan Harith Shah sentiasa mahu berehat di buaian kayu rumah itu.
"Mira... kenapa tak tidur lagi?" tanya Harith Shah sambil mengangkat anak kecil itu ke ribanya.
" Tak boleh tidurlah Baba, tak mengantuk lagi" jawab Amira.
"Dah pukul 10 setengah ni, besok pagi nak pergi sekolah. Nanti lewat, besok mama marah Mira" nasihat Harith Shah sambil mengusap kepala anak kecil itu.
"Baba boleh temankan Mira tidur tak?" tanya anak kecil itu sambil menyandarkan kepala ke dada Harith Shah.
" Boleh sayang... jom" Harith Shah mendukung Amira menuju ke dalam rumah.
Harith tersentak dengan kemanjaan Amira yang sebenarnya mendambakan kasih sayang seorang ayah. Sejak anak kecil itu terpisah daripada bapa kandungnya ketika umurnya 3 tahun. Setiap minggu Harith Shah akan datang menziarahi Puan Anita dan sambil itu dia akan bermain dengan sekecil Amira sambil membelikan alat permainan, pakaian dan macam-macam lagi.
Itulah salah satu pengorbanan untuk membalas budi Puan Anita dan arwah Dato? Khalid yang telah banyak berjasa membesarkan dan memdidik Harith Shah selepas kematian ibu dan bapanya.
Ibu Harith Shah telah meninggal dunia sewaktu melahirkan Harith Shah. Bapanya pula meninggal selepas 1 tahun pemergian ibunya kerana kemurungan. Ketika itu, Harith telah diserah kepada keluarga Dato?Khalid selapas bapanya tidak boleh lagi mengurus diri. Dato? Khalid menjaga Harith seperti anaknya sendiri. Oleh sebab itulah, dia terhutang budi dengan keluarga Dato? Khalid. Walau pun ketiadaan Dato? Khalid 5 tahun yang lalu kerana komplikasi pada jantung.
Harith masih ingat ketika dia mendapat panggilan dari Puan Anita menyuruhnya datang ke rumah kerana hendak berjumpa pada malam itu. Selepas makan malam masing-masing berehat di sofa ruang tamu. Ketika itulah Puan Anita memulakan cerita.
"Ibu nak Shah ambil Asmida sebagai isteri, Shah tolong tunaikan permintaan ibu ya?" kata Puan Anita menyebabkan anaknya, Asmida terkesima memandang Harith Shah.
"Tapi bu..." kata Harith Shah tersekat.
"Tak ada tapi-tapi Shah, ibu dah buat keputusan Shah tolong janji dengan ibu ya? Puan Anita seperti telah mengikat satu jawapan dengan ketat.
Harith Shah seperti terperangkap dengan permintaan ibu tua itu, baginya kebahagiaan ibu tua itu lebih berharga dari kehendaknya. Jasa yang belum tentu terbalas di dunia.
Asmida dari tadi mendiamkan diri hanya mengeluh dengan kemahuan ibunya. Dia tahu pilihannya dahulu telah tersilap, sebab itu ibunya pula yang membuat pilihan menentukan jodohnya. Dia terpaksa akur tapi memberontak sejak dari pernikahan dengan itulah dia meletakkan beberapa syarat pada Harith Shah. Salah satunya Harith Shah tidak boleh menyentuhnya, Harith Shah perlu menerima apa sahaja lakonan deri Asmida dan dua tiga perkara lagi yang tidak masuk akal untuk mereka sebagai suami isteri.
Asmida telah ditinggalkan suaminya yang telah menetap di Amerika Syarikat. Sudah hampir 2 tahun suaminya tidak mempedulikan Asmida dan Amira selepas menceraikannya.
" Shah ... hari ini cuti kita nak pergi jalan ke mana?" itulah salah satu lakonan Asmida apabila bersama dengan ibunya. Tujuannya untuk menjaga hati ibu tua itu.
"Mari kita pergi Legoland, kita tidur di hotel dan balik besok. Baba dah tempah tiket semalam" jawab Harith Shah sambil memandang ke arah Amira sambil tersenyum bahagia. Dia sentiasa menyiapkan perancangan bercuti atau program untuk mengembirakan mereka semua.
Anak kecil itu berdiri di atas kerusi lantas mencium pipi Harith Shah. Puan Anita dari tadi sebagai pemerhati hanya menggelengkan kepala tersenyum melihat ulah mereka pagi itu.
Bagi Puan Anita, Harith Shah adalah calon yang sangat tepat untuk dijadikan suami Asmida. Puan Anita tahu Asmida bermasalah dengan Harith. Dia percaya satu hari Asmida akan tersedar dengan perbuatannya terhadap lelaki itu.
Petang itu Harith Shah mengambil Asmida pulang dari kerja kerana kereta Asmida rosak dan dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Semasa di dalam kereta Harith Shah mempelawa Asmida makan malam di restoran, ada perkara yang perlu diberitahu kepada Asmida.
Itulah kali pertama Asmida menerima pelawaan Harith Shah dan makan malam di luar berdua-duaan sejak dari berkahwin. Itu pun kerana hendak mengetahui perkara yang ingin disampaikan Harith Shah. Harith Shah membawa Asmida di restoran sederhana mewah di pinggir ibu kota.
Selepas selesai makan malam utama, sampai pula pencuci mulut yang dihantar pelayan wanita.
"Dua hari lepas Shah dapat panggilan dari bekas suami Ida" kata Harith Shah lembut.
"Dia nak apa? Jantan tak guna" tanya Asmida menghamburkan marah lantas meletakkan sudu di sisi mangkuk yang berisi aiskrim.
"Dia suruh saya menceraikan awak dan dia mahu rujuk semula dengan awak" kata Harith lancar.
"Jangan... saya tak nak terima dia kembali, awak jangan pandai-pandai nak buat keputusan" Asmida pantas menegah kenyataan Harith Shah tadi.
"Saya hanya sampaikan amanah orang, kalau itu baik untuk awak dan Amira saya sokong"? Harith Shah jujur memberikan pendapat sambil tersenyum melihat kegelisahan Asmida, seperti sudah dapat membaca fikiran Asmida.
"Saya tidak setuju dan tidak akan menerima dia lagi dalam hidup saya dan saya masih belum bersedia untuk mencari penggantinya", kata Asmida sinis.
"Saya nak awak ceraikan saya, saya tak nak menyeksa awak lagi. Berapa lama lagi awak sanggup bertahan dengan saya?" sambung Asmida seperti mengaku kesalahan yang dilakukan.
Harith Shah menarik nafas dalam sebelum menghembus kasar seperti menarik semangat dari suasana tenang restoran itu.
"Dah tak lama lagi, awak jangan risau sampai masa saya tidak akan ganggu hidup awak Asmida. Saya akan sentiasa doakan awak dan Amira bahagia" kata Harith Shah tenang.
Asmida hanya mencemikkan muka mendengar kata-kata Harith Shah. Harith tahu Asmida memang tiada perasaan dan simpati padanya. Harith Shah memberikan senyuman yang paling menawan buat Asmida.
Seperti biasa setap hujung minggu dan cuti umum, Harith Shah akan mengambil alih tugas berkebun di halaman rumah, menyiram bunga atau membuat kebersihan bersama anak tirinya.
Asmida yang memandang ke arah Harith yang sedang asyik berkebun bersama anaknya mencemikkan wajahnya dengan penuh kebencian. "Kenapalah lelaki ni degil sangat. Apa dia nak sebenarnya? Gumam Asmida di dalam hati. Ada kalanya dia simpati pula " kenapalah lelaki ini bodoh sangat. Aku buat sampai macam tu pun dia boleh tahan. Kesian dia..." bisik Asmida di dalam hati kecilnya.
"Mama...mama... Baba jatuh atas rumput" panggil Amira mendekati Asmida yang sedang leka mengelamun sambil membaca majalah di ruang tamu.
"Alah... jatuh bangunlah sendiri, kan dah besar" balas Asmida sambil lewa.
Amira terus berlari mendapatkan Puan Anita di dapur, Puan Anita berlari menuju ke halam rumah mendapat Harith Shah yang terbaring di atas rumput.
"Ida... sini cepat tolong call ambulan! Shah tak sedarkan diri ni" jerit Puan Anita.
Asmida terkejut dengan laungan Puan Anita dan terus menelefon talian kecemasan.
"Ya Allah kenapa jadi macam ni. Apa yang aku dah buat ni" Asmida mengeluh di dalam hati seolah menyesal dengan perbuatannya.
"Silakan duduk,"Dr. Sufian mempelawa Puan Anita dan Asmida.
"Bagaimana keadaan Harith Shah, doktor?? tanya Puan Anita.
"Bertenang puan, untuk makluman puan, kami telah membuat pemeriksaan ke atas pesakit dan kami dapati ada ketumbuhan di dalam tengkorak kepala pesakit" terang Dr. Sufian.
Asmida tergamam mendengar kenyataan doktor tadi, menutup mulut menangis.
"Kami dapat laporan pesakit sudah menjalani rawatan di Hospital Swasta. Ketumbuhan itu dipercayai kanser" Dr. Sufian terus memberikan penjelasan seterusnya kepada mereka.
"Adakah harapan untuk pulih doktor?" tanya Puan Anita. Dr. Sufian hanya mengeleng dan berkata " Kanser itu sudah terlalu lama dan sekarang berada di tahap empat. Pembedahan akan lebih merumitkan keadaan pesakit. Jangka hidupnya hanya dua tiga bulan sahaja lagi jikalau pesakit kuat dan terus menjalani rawatan" tambah Dr. Sufian.
Asmida yang dari tadi mendengar semakin kuat esakannya sambil memeluk Puan Anita.
"Sabarlah nak. Takdir dah menentukan semua ini" pujuk Puan Anita mengusap anaknya.
"Tapi... Ida banyak menyakitkan hati Shah sejak kami bernikah ibu" jelas Asmida tersekat-sekat dek esakannya.
"Yang sudah lepas itu, jangan diungkit lagi" ibu percaya Shah sedia memaafkan Ida" terang Puan Anita.
"Dosa Ida tak boleh dimaafkan ibu, seorang isteri yang banyak bersalah pada suami" jelas Asmida.
"Tuhan pun mengampunkan hambanya. Apa hak manusia untuk tidak memaafkan sesama mereka" pujuk Puan Anita memberi semangat.
"Pergilah jumpa dengan Shah, jiwai sifat seorang isteri mithali kepada suaminya, untuk akhir-akhir waktu ini" cadang Puan Anita.
Asmida menganggukkan kepada dan mengelap airmata yang dari tadi tidak berhenti mengalir. Asmida berasa sangat bersalah keapda suaminya. Selepas mendekati katil yang menempatkan Harith Shah, dia menarik nafas dalam-dalam seolah meminta semangat.
Harith Shah tersedar selepas merasa tangannya diramas seseorang, perlahan-lahan dia membuka mata melihat orang yang sangat dia kenali iaitu isterinya berada di sisi katil.
"Saya dah langgar syarat kah?" tanya Harith Shah.
"Saya yang sentuh awak bukan awak yang sentuh saya" kata Asmida melihat Harith Shah yang masih terpinga-pinga.
"Tolong jangan fikir syarat itu lagi" rayu Asmida.
"Ida marah dengan saya?" tanya Harith Shah.
"Sepatutnya Idalah tanya abang tentang perkataan itu" kata Asmida.
"Kenapa abang sembunyikan perkara ni daripada kami semua" tanya Asmida dengan nada sebak sehingga bertakung air jernih di kelopak matanya.
"Tiada guna lagi Ida, harapan untuk pulih sangat tipis. Abang buat keputusan lebih baik membahagiakan orang yang telah berbudi dengan abang bersama keluarga kita sehingga habis sisa hidup abang ini" Jelas Harith Shah panjang lebar sambil tersenyum gembira dengan penerimaan Asmida terhadapnya.
"Maafkan Ida abang..." rayu Asmida teresak-esak sambil memeluk Harith Shah yang terbaring di atas katil.
"Ida... Abang sudah maafkan Ida sejak akad nikah kita dahulu. Abang tidak akan ganggu hidup Ida lagi selepas ini. Tolong jaga Amira dan ibu baik-baik setelah ketiadaan abang nanti" kata Harith Shah sambil mengusap kepala Asmida yang dari tadi menangis di dadanya.

 

Harith Shah sangat gembira ketika itu, bersyukur kerana kebahagiaan yang diberi walaupun singkat. Rasanya mencukupi dengan pengorbanan yang diberikannya itu. Budi Ibu yang menjadi semangat untuk dia membalas dan meneruskan hidup tercapai.

Hasil Karya

SMPP 30904332
Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Negeri Sembilan.

3. JUVANA
Pada awalnya Khalid seorang yang baik,anak yang mendengar kata dan juga seorang anak yang Berjaya dalam pelajaran.Ketika umurnya berusia 12 tahun Khalid mendapat 4A 1B dalam keputusan UPSR yang didudukinya.
Dengan keputusan itu, keluarganya sangat gembira dan bersyukur. Oleh itu, kasih sayang yang diberikan oleh Ibubapanya semakin melimpah ruah terhadap Khalid kerana kejayaan yang diperolehinya itu,tambahan pula Khalid merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Apa sahaja yang Khalid inginkan pasti segera ditunaikan oleh Ibu bapanya. Keputusan UPSR yang cemerlang itu telah membantu Khalid menempatkan dirinya di salah Sekolah Sains. Khalid telah diberi peluang untuk tinggal di sekolah tersebut. Namun,kerana sayang akan Khalid dan tidak sanggup berjauhan, Ibu bapanya tidak menghantar Khalid menetap di Asrama dan mengambil keputusan menghantar sendiri Khalid ke sekolah.
Di Sekolah tersebut Khalid telah berkawan dengan Amin di kelas yang sama. Persahabatan mereka menjadi semakin akrab dengan kebetulan mereka mempunyai minat yang sama iaitu minat dengan motosikal. Sememangnya Amin memiliki motosikal sendiri, ini mendorong Khalid meminta ibu bapanya membelikan dia sebuah motosikal. Kerana amat sayangkan Khalid ibu bapa Khalid telah membelikan sebuah motosikal walaupun mereka sedar umur Khalid belum cukup syarat untuk memiliki lesen memandu
Setelah memiliki motosikal sendiri langkah Khalid semakin panjang pergaulan Khalid dengan remaja-remaja kaki motor semakin ramai dan rapat. Khalid sering keluar malam dan semakin tidak bernminat dengan pelajaran ini menyebabkan pelajaran Khalid semakin hari semakin merosot. Khalid semakin hanyut dengan dunia dan lupa tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Kini kehidupan Khalid semakin menyimpang jauh, dia menjadi semakin tidak bertanggungjawab dan sanggup menipu ibu bapanya sendiri. Khalid berubah sikap dari menjadi seorang yang baik kepada seorang yang mementingkan diri sendiri. Nafsu Khalid semakin tidak dikawal terhadap minatnya kepada motosikal sehingga sanggup menipu ibubapanya sendiri. Selain dari sudah pandai menghisap rokok, Khalid juga telah terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal bersama rakan-rakannya kerana ingin mendapatkan alat ganti yang lebih baik untuk dipasang di motosikal sendiri. Namun perbuatan Khalid tidak kekal lama apabila Khalid telah ditangkap Polis bersama rakannya ketika cuba mencuri motosikal disebuah taman perumahan yang berdekatan tempat tinggalnya.
Khalid ditahan reman untuk siasatan selama 7 hari. Ibubapa Khalid amat terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak polis bahawa anaknya telah ditangkap kerana kesalahan mencuri motosikal. Ibu bapanya memang amat tidak menyangka selama ini perlakuan anaknya menyimpang begitu jauh.
Setelah dibicarakan, Khalid telah dijatuhkan hukuman selama 3 tahun di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Ibu bapanya redha dengan hukuman ini dan berharap agar Khalid dapat berubah dengan menjadi insan yang berguna apabila keluar dari pusat Pusat Tahanan disini.
Sepanjang Khalid ditahan di Sekolah Henry Gurney, Khalid bukan sahaja diberikan penerapan dari segi kerohanian belajar dalam bidang kemahiran, malahan berpeluang untuk mengambil peperiksaan SPM.
"Kau Khalid, duduk di Sekolah ini jangan buat masalah, ubahlah diri kau menjadi orang yang berguna. Jangan bergaduh dan janganlah kau terikut-ikut akan senior-senior kau tu.Tapi kalau ada yang baik tu kau jadikan tauladan dan yang tidak elok kau jadikan sempadan". Kata Warden kepada Khalid.
Khalid juga sentiasa ingat akan pesan ibubapanya agar berubah untuk masa depan dan dunia serta akhirat. Akhirnya saat yang ditunggu telah tiba, Khalid telah menduduki peperiksaan SPM dan berjaya menjawab sebaik-baik yang boleh.
Setelah keputusan SPM dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, maka Khalid telah mendapat keputusan yang agak cenerlang iaitu dengan keputusan 7A 2B. Dengan keputusan ini, Khalid telah berpeluang dibebaskan awal kerana berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran disalah sebuah IPTA yang terbaik. Ibu bapa Khalid amat gembira dan bersyukur serta berjanji selepas ini akan meluangkan lebih banyak masa mendekati setiap perlakuan anaknya yang mana selama ini mereka lalai dalam menjalankan tanggungjawab sehingga tidak sedar dan ambil tahu setiap aktiviti yang dilakukan oleh anaknya.

Hasil Karya

SMPP: 13693 M/TUAH
SEKOLAH HENRY,GURNEY TELUK MAS,MELAKA.

4. KENANGAN LALU

Pada pagi yang dingin ini, an gin bertiup agak kencang, daun-daun kering berterbangan. Langsir yang berada di jendela bilik bagaikan bendera yang sedang berkibar megah. Ketika ini, aku cuba untuk membuka mata, tetapi terasa begitu berat dan aku membiarkan tubuh terus dihembus angin.

Sebentar aku terdengar suara ibu sedang bercakap dan aku tidak memahami butir-butir perbualannya. Lalau aku menjengok keluar dan aku dapati ibu sedang rancak bersembang dengan jiran sebelah." Emm? kalau perempuan katakan biasalah " aku mengomel sendirian. Aku menarik nafas panjang lalu duduk termenung, merenungkan suasana pagi yang begitu dingin udaranya dan menyegarkan. Sudah agak lama juga aku tidak bercuti balik ke kampung rasanya dekat tiga bulan lamanya.

Di kampung ibu tinggal bersama dengan adik perempuan ku yang kini berada di tingakatan empat di sekolah yang berdekatan. Manakala adik lelaki ku pula telah bertugas sebagai Pegawai Imigresen di Johor Baharu, Johor. Aku pula bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam di Putrajaya.

Aku kembali merehatkan diri, satu persatu aku cuba mengingati peristiwa-peristiwa manis saat aku bersama Artika. Teman wanita yang amat rapart dan amat mesra ketika dulu dan dua tahun aku menjalinkan hubungan dengannya. Kini aku dan Artika telah terputus hubungan, Entah apa khabar berita tentang dirinya sehingga kini ia tidak lagi menghubungi aku. Aku pernah beberapa kali cuba menghubunginya tapi tiada jawapan yang ku terima.

Walaupun perkara tersebut telah tiga bulan berlalu tapi aku masih terus mengenangkan saat-saat manis yang boleh membuat aku berlinangan air mata dek menanggung rindu, kehilangan dan terasa amat pilu. Jenuh aku memikirkan mengapa Artika sanggup berbuat begitu terhadapa ku. Hilang tanpa sebarang pesan meninggalkan diriku dengan pelbagai janji-janji palsu yang telah ditaburkan. " Aaaah? kenapa aku masih mengingatinya lagi sedangkan Artika entah ingat ke tidak pada ku" aku mengeluh lagi sendirian. Aku rasa aku tidak pernah melukakan hatinya dan sentiasa memenuhi setiap permintaan, banyak juga wang ku habiskan tapi aku tidak kisah kerana hati ku benar-benar menyayangi dirinya.

Tiba-tiba lamunan aku tersentak dengan deruman kereta memasuki perkarangan rumah. " Hai Angah. Baru sampai? lama ke cutinya " aku terdengar sapaan ibu. Adik aku, Angah yang bekerja di Johor Baharu balik rupanya.
" Cuti tiga hari mak? errr... mak? Along bercuti juga ke...? itu keretanya ada di depan?" Angah cuba bertanya. " Iya? Along ada di bilik? tidur lagi agaknya dari tadi senyap je? ehh kau balik dengan siapa ni Angah" ibu terus bertanya.

" Kawan Angah... Dia kerja sama pejabat dengan Angah? kenalkan mak" Angah terus sahaja menjawap.

"Apa khabar mak cik" aku terdengar sapaan lembut teman wanita Angah.

" Ehh?. Macam aku pernah dengar suara lembut ini" aku mengomel sendirian. Aku terus cuba mengecam suara tersebut. Rasanya tidak salah tekaan ku ini dan tanpa membuang masa aku mengambil keputusan untuk terus keluar dari bilik dan ingin melihat sendiri kelibat wajah teman wanita Angah.

" Artikah ?!!!" tiba-tiba sahaja terpancul dari mulutku yang membuatkan aku tersentak melihat wajah teman wanita angah. Ibu dan angah memandangku serentak kehairanan. Aku melihat wajah Artikah terperanjat, mungkin tidak menjangka akan menemui aku di sini.

" Along? apa khabar? Err? Along kenal ke dengan Artikah ni?" Angah menyapa dan terus bersalaman dengan aku.

" Memang kenal sangat Angah? " Aku menjawab selamba. Merah padam muka Artikah apabila mendengar penjelasan aku.

"Aku? Aku?" suara Artikah tersekat-sekat mungkin terkelu.

"Untuk pengetahuan ibu dan Angah? Inilah teman wanita Along" aku terus menjawab. " Artikah, aku tidak kisah kalau engkau ingin berkawan dengan adik aku tapi aku nak ingatkan kau? jangan kau mainkan perasaannya dan mengikis duitnya. Lepas itu kau tinggalkannya seperti mana aku" Aku teruskan kata-kata sambil memandang Artikah untuk melepaskan segala yang terbuku di hatiku selama ini.

"Along sabar?" ibu cuba mendapatkan aku dan menenangkan perasaan aku.

"Along tak apa-apa mak? Along masih waras lagi? Cuma Along nak ingatkan Artikah bahawa dunia ini kecil ?. Lari sejauh mana pun akan bertemu jua?" aku terus bersuara dengan nada yang bergetar.

"Nazri? maafkan aku? aku kini benar-benar menyesal atas perlakuan aku dulu. Memang dulu aku terlalu terikut-ikut rentak kawan-kawan ku yang sentiasa dapat wang dengan cara mudah dan berbelanja mewah? kini aku benar-benar telah berubah aku amat menyintai adik mu dan aku tidak akan perlakukan sepertimana aku perlakukan kamu" Artika menjelaskan dengan nada sedih dan teresak-esak.

Aku lihat Angah dan ibu terus terpaku dengan penjelasan Artikah, mereka semacam tidak percaya bahawa gadis secantik Artikah berperangai seperit itu. Aku terus mendapatkan Angah. "Angah ? Along tidak berniat untuk kamu memutuskan hubunganmu dengan Artikah? Along cuma tidak mahu Angah tertipu dan kecewa seperti Along. Tetapi jika Artikah benar-benar telah insaf dan menyesal, along beri peluang kedua untuk dirinya berubah dan Along sudi menerimanya sebagai adik ipar" Aku bersuara dengan penuh keihklasan.

Aku lihat Artikah menunduk malu dan ku lihat juga ibu terus mengesat airmatanya mungkin tidak menjangka kedua anak lelakinya menyintai wanita yang sama.

"Along?. Sebenarnya Angah memang amat mencintai Artikah sejak pertama kali bertemu iaitu semasa Artikah melaporkan diri di pejabat Angah. Sepanjang perkenalan kami Artikah tidak pernah bertindak dan meminta apa-apa sepertimana Along katakan tadi" Angah terus memberikan penjelasan.

"Itu yang Along katakan tadi, jika Artikah sudah benar-benar berubah Along merestui perhubunga Angah dengannya" dan aku terus mendakap Angah.

"Terima kasih Along? terima kasih kerana merestui hubungan kami" suara Angah bergetar.

"Terima kasih, Nazri. Aku benar-benar berterima kasih kerana merestui kami" ujar Artikah dengan nada yang pilu dan teresak-esak.

"Dah? dah kalau dah begitu, ibu pun tumpang gembira?" Ibu turut bersuara.

Aku memejamkan mata dan aku terasa ada air yang jernih turun dari kelopak mataku?.. Adakah ini airmata gembira atau airmata berduka? "Entahlah bagaimana aku ingin teruskan kehidupan dalam keluargaku ini, hidup bersama-sama gadis yang pernah aku cintai dulu yang kini bakal menjadi adik iparku" aku terus bersuara dalam hati.

"Ya Allah berikanlah kekuatan kepadaku untuk teruskan kehidupan ini" Aku terus berdoa. Akhirnya aku redha dengan segala yang berlaku, walaupun pahit untuk aku telan segala kenangan bersamanya.

Hasil Karya

SMPP: 13543 M / Tuah
SHG Teluk Mas, Melaka.

5. Kerana Cinta Itu

Di ruangan ini, ingin aku kongsikan pengalaman yang pernah aku lalui yang menyebabkan aku boleh terkurung di sebalik jeriji besi. Kini,aku hanya mampu menginsafi dengan apa yang telah terjadi.

Sebenarnya,sebelum aku dimasukkan ke sini, aku adalah seorang pelajar Sekolah Teknik. Keluarga dan rakan-rakan biasa memanggilku dengan nama timanganku iaitu "Kachai". Aku adalah anak yang ke-2 dalam 12 orang beradik. Sikapku yang peramah dan sentiasa dan sentiasa mengambil berat tentang keluarga amatlah disenangi ibu dan ayahku kerana dapat menjadi contoh.

Bermulanya kisahku ini ketika aku belajar di Sekolah Teknik. Aku telah tertarik dengan seorang perempuan yang dikenali sebagai Marleni(nama timangan). Marleni adalah seorang perempuan yang periang, penyayang dan suka bergurau menyebabkan aku jatuh hati padanya. Aku sangat menyayangi Marleni tetapi hubungan kami tidak mendapat restu daripada ibu dan ayahku. Ibu dan ayahku selalu sahaja mencari jalan untuk memisahkan aku daripada Marleni.

Betul kata orang,cinta dapat mempengaruhi segalanya. Disebabkan cintaku yang amat tinggi kepada Marleni, aku menentang sesiapa sahaja yang cuba memisahkan aku daripadanya termasuklah ibu dan ayahku sendiri. Sikapku berubah menjadi agresif dan panas baran semata-mata hendak mempertahankan hubungan dengan Marleni. Dalam tak sedarku, aku telah menderhaka kepada ibu dan ayahku kerana sikapku yang terlalu biadap bila bersemuka dengan mereka. Hal ini berlaku kerana aku tidak suka perbuatan mereka yang cuba merosakkan hubungan aku dengan Marleni. Ibu pernah menyuruh aku membuat keputusan untuk memilih sama ada ibuku atau kekasihku tetapi aku sukar hendak membuat keputusan untuk membuat pilihan. Namun,aku hanya mendiamkan diri sahaja kerana aku sangat menyayangi kedua belah pihak. Mujur Marleni faham dan tidak meninggalkanku kerana sikap ibuku yang tidak menyukainya.

Sehinggalah suatu hari,kekasih lama Marleni iaitu Wan(nama timangan) datang menemuiku. Wan menceritakan sesuatu yang boleh menjatuhkan harga diri dan maruah Marleni kepadaku. Wan sengaja membuat fitnah agar aku membenci dan membuang Marleni jauh dari hidupku. Namun,apa yang diceritakan oleh Wan itu tidak aku percayai. Malah telah menyebabkan aku naik angin dan terus memukulnya. Aku ditahan oleh Pihak Polis setelah keluarga Wan membuat aduan di atas perlakuanku terhadap anaknya. Aku didakwa dibawah seksyen 326 kanun keseksaan atas kesalahan mencederakan. Aku dihukum atas kesalahan tersebut dan dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney Keningau selama 2 tahun.

Namun,sebelum aku dihantar ke sini, aku sempat berjumpa dengan kekasihku Marleni. Marleni datang bersama ibunya ke Ibu pejabat untuk berjumpa danganku.Marleni hanya berjanji akan sentiasa menyayangiku dan setia menunggu sehingga aku dibebaskan.

Kini,setelah aku berada di Sekolah Henry Gurney Keningau ini, barulah aku sedar segala kesilapan yang pernah aku lakukan. Aku banyak berdosa kepada ibu dan ayahku. Selama ini aku tak pernah menghargai kasih sayang yang mereka berikan kepadaku. Aku rindu sangat akan dakapan mereka. Namun,setelah sekian lama aku berada disini, akhirnya rinduku terhenti apabila mereka datang menjengukku. Aku menangis tanpa henti ketika ayah memelukku dengan erat seperti tidak mahu melepaskan diriku. Aku menyesal kerana selama ini aku telah mengetepikan ibu dan ayahku semata-mata kerana cinta yang tidak direstui. Kini,aku telah menderita disebabkan cinta yang aku bina sendiri.IBU!!!!AYAH!!!....Maafkan diriku selama ini aku banyak menyakiti hati kalian. Sekiranya aku bebas kelak aku berjanji takkan mengulangi kesilapan lalu. Aku pohon restuilah cintaku!!!....Kerana ia adalah kebahagiaan buat diriku.

 

Hasil Karya

SMPP : No Juvana1148
Sekolah Henry Gurney,Keningau, Sabah

6. KISAH DI SEBALIK JERIJI BESI

Mentari menyinari alam tanpa mengira hari. Tiada penat dan lelah pengorbanan mentari dan untuk menyerikan bumi dengan penuh kesabaran walaupun penghuni bumi mengeluh kepanasan dan ada pula yang sentiasa mengharapkan sinaran mentari atas tujuan mereka sendiri. Begitu juga aku mengharapkan mentari agar dapat menyinari hidupku ini dengan penuh kesabaran. Pulangkanlah sinaran kehidupan ku ini Ya Illahi...
Aku seorang remaja yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Kehidupanku pada suatu ketika dahulu penuh dengan kedukaan. Aku seperti remaja yang lain atau tidak semua remaja yang lain itu seperti diri ku. Aku sedar bahawa jiwa remaja sentiasa memberontak dan menginginkan kebebasan. Aku juga tahu bahawa tidak semua kebebasan yang aku kecapi itu mampu memberi jaminan yang menyinarkan hidup ku seandainya kebebasan itu terpesong dari agama dan akidah ku. Maka, itulah jalan telah aku pilih, kesilapan yang telah mendorongku melakukan kejahatan dan maksiat. Kesilapan yang telah mengelapkan segala sinaran hidup ku. Argh... aku sangat kesal, kesal atas segala dosa-dosaku. Aku malu dengan diri aku sendiri. Aku malu dengan Tuhan aku. Ya Allah, ampunkan lah dosaku. Berilah aku petunjuk taufik dan hidayah Mu agar aku menjadi hamba Mu yang memperolehi jalan yang benar dan memperolehi keberkatan Mu.
Kisah bermula denga sikap aku tidak suka dikongkong atau disekat untuk aku melakukan segala perbuatan serta kehendak yang ingin aku lakukan. Apabila aku melakukan perkara yang tidak baik atau perkara-perkara yang jahil, aku mampu mendapat perhatian dan menjadi pilihan di tempat di hati rakan-rakan ku. Bagi ku kehidupan sewaktu usia remaja ku , rakan-rakan adalah yang paling penting di dalam hidupku. Penting bagaikan nadi yang bergerak seiringan dengan ku untuk meneruskan kehidupan. Begitulah hidup ku yang amat menghargai erti persahabatan, lantas mengelapkan sinaran hidup ku. Manakala ibubapa ku yang merupakan insan yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah untuk membesarkan aku, tetapi aku tidak mengirau segala nasihat dan teguran yang diberikan. Ianya ibarat leteran yang memanaskan telinga dan bagai pengawal yang cuba menyekat segala kebebasan yang sedang aku kecapi. Begitalh sikap aku, yang bagai anak yang tidak mengenang budi.
Ketika usia ku 13 tahun, aku tidak lagi berminat untuk pergi ke sekolah kerana aku ingin menjadi seperti rakan-rakan ku yang lain. Rakan-rakan ku yang bebas tanpa di belenggu dengan masalah disiplin. Aku bekerja dan menjadi seorang remaja yang lepas daripada tanggungan ibu bapa. Bagi ku itu adalah lebih baik daripada diri ku dikongkong oleh ke dua ibu bapa ku. Ketika itu juga, aku telah mula berjinak-jinak dengan kegiatan mencuri motor, menyamun dan seterusnya bergaul dengan wanita yang jauh lebih tua dari ku. Pada saat itu, aku merasakan diri ini terlalu hebat apabila dapat merosakkan anak dara orang. Aku puas...! Aku langsung tidak mempedulikan ajaran agama yang selama ini menjadi pegangan ku. Aku seperti orang jahil yang tidak mengenal erti dosa dan pahala. Undang-undang... ahh, seperti tulisan yang boleh dipadamkan pada bila-bila masa. Di samping itu juga, aku telah mengambil dadah untuk memenuhi kepuasan hati. Namun, untuk memilikinya memerlukan aku mencari duit yang banyak, sehingga aku harus melakukan segala kegiatan yang menggelapkan hati ku semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu durjana yang menghancurkan masa depan ku.
Pada suatu hari,rumah sewaan aku dan rakan-rakan telah diserbu oleh pihak polis. Semasa serbuan diadakan aku sedang nyenyak tidur. Tangan ku terus digari dan dibawa ke balai polis. Aku disoal siasat atas kesalahan mencuri motor dan memiliki barang curi serta kesalahan merogol. Aku di bawa ke lokap polis Ayer Molek selama seminggu dan terus di bawa ke Penjara Ayer Molek untuk direman. Setelah itu aku dijatuhkan hukuman di Sekolah Henry Gurney ( SHG )sehingga cukup umur 21 tahun ats kesalahan 379A, 411 Kanun Keseksaan dan 376 Kanun Keseksaan. Setelah hakim menjatuhkan hukuman, kakiku mengeletar dan hatiku sebak lalu aku melutut ke bawah kerana tidak lagi dapat menahan rasa sebak hatiku. Aku menangis bersama kedua ibu bapa ku seperti mahu mengeluarkan air mata darah tetapi tiada berguna lagi kesesalan pada saat ini, Bak Kata pepatah "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya lagi". Ibu bapa ku merasa amat malu atas apa yang telah menimpa diri ku. Aku telah memalukan serta menconteng arang ke muka mereka.
Setelah dihantar ke SHG, aku berfikir sejenak bagaiman harus aku menebus kesalahan ku serta mengembalikan masa depanku dan sinar hidupku yang telah telah sekian lama ditenggelemkan oleh lorong kegelapan. Aku bertekad kepada diriku untuk mengembalikan semua sinar-sinar hidupku serta memberikan kejayaan kepada ibu bapa ku serta membuatkan mereka berbangga semula dengan tindakan ku ini. Setelah sebulan aku ditempatkan di SHG aku telah dimasukkan ke Unit Akademik bagi mengambil Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Aku telah mengambil inisiatif untuk mendaftar sebagai calon SPM pada tahun 2010. Alhamdulillah selepas setahun aku berhempas pulas dan menamatkan pengajian peringkat SPM. Aku merasa berdebar ketika menunggu keputusan dikeluarkan, namun demikian ternyata apa yang aku jangka dan harapkan menjadi kenyataan, aku mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A-, 2B+, 1C. Saat itu, aku dapat rasakan sinaran aku kian menjelma kembali, aku tenang, aku tersentuh dan aku bagaikan hamba Allah yang telah diperkenankan doa olehNya, Syukur Alhamdulillah. Ya Allah... Syukur Alhamdulillah. Ya Allah... keranaMu masih memberi peluang kepada ku untuk memperlihatkan kehidupan ku dan keranaMu telah menerangkan hati, fikiran dan seluruh nadik ku untuk pulang ke jalan yang benar.

Selepas mendapat keputusan ku terus menghubungi ke dua ibu bapa ku, mereka merasa sebak apabila mendengar keputusan yang aku umumkan dan tidak berhenti-henti menangis. Aku dapat membayangkan kegembiraan yang tergambar di wajah mereka. Benarlah kata orang, di mana ada usaha di situ ada kejayaan. Barulah kini aku sedar bahawa tiada apa yang menggembirakan selain melihat ke dua ibu bapa ku, tersenyum gembira kepada anak-anaknya. Benarlah papatah, " Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya". Aku telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UiTM dan menunggu keputusan pentadbiran untuk rayuan pembebasan secara berlesen untuk melanjutkan pelajaran. Pengalaman yang aku dapat di sebalik jeriji besi ini tidak akan ku lupakan sampai bila-bila kerana di sinilah tempat mengajar ku erti kehidupan yang sebenar. Terima kasih seluruh warga SHG bakti mu tetap dikenang kepada rakan-rakan yang sedang mengikuti program di Unit Akademik pastikan anda berusaha dan mendapat pencapaian akademik yang cemerlang kerana kesilapan yang kita lakukan di masa lalu akan lenyap dek kegembiraan ibubapa mengecapi kejayaan kita dalam pelajaran.

Hasil Karya
Smpp: 13323 M/Lekiu
Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.

7. LORONG HITAM

16 DISEMBER 1991 adalah tarikh keramat yang tertulis di loh mahfuz. Setelah sembilan bulan dikandungkan oleh ibu dengan keadaan sarat yang terpaksa ditanggung. Seorang permata hati telah dilahirkan dalam keadaan selamat. Dilahirkan didalam keluarga yang cukup sempurna, sangat berbeza dengan anak seorang pengemis. Dengan kemewahan dan keselesaan bak raja-raja, tapi malangnya kesempurnaan materealistik itu bersifat sementara.
Babak seorang bapa yang kuat berkerja, tegas dan berani. Dia akan lakukan apa sahaja demi mendapatkan kemewahan dan kesenangan. Dalam pada itu juga Babak seorang yang panas baran. Mak selalu menjadi tempat untuk melepaskan emosi, malahan sewaktu aku masih kecil, aku juga selalu menjadi tempat melepaskan geramnya tetapi jauh disudut hati Babak masih lagi ada rasa sayang. Cuma sikap egoisnya yang melampau telah menutup hati baiknya bagi Babak wang ringgit adalah kasih sayang. Dengan itu, kami sekeluarga ditaburi dengan wang ringgit untuk menikmati kehidupan sementara ini.
Mak pula seorang yang sangat penyayang, kemana saja dia pergi pasti ada aku. Baginya akulah teman hidupnya. Mak ibarat sahabat karib kerana dia terlalu setia bersama aku. Segala keinginan aku pasti akan dituruti, wang ringgit, permainan, pakaian dan segalanya hanya kerana aku. Hinggakan Mak sanggup menahan kesakitan untuk aku kerana acap kali Babak memukul aku, Mak pasti akan menghalang dan menahan kesakitan. Cukuplah Mak didunia ini aku tidak perlukan yang lain.
Aku juga punya adik beradik, dua orang abang dan seorang kakak. Yang ketiga-tiganya menyayangi aku, tapi malangnya hanya sementara. Hubungan darah daging yang tidak dapat dinafikan sampai bila-bila, kini tiada lagi tersirat.
24 OKTOBER 2012 hampir setahun aku menelusuri kehidupan di dalam penjara atas kesalahan merompak. Kini aku kian kenal erti kehidupan di atas dunia yang fana ini. Memang benar dunia ibarat pelabuhan kita manfaatkan kehidupan di dunia sebagai bekalan di akhirat kelak. Segala ilmu agama yang tidak pernah aku ketahui semasa di luar kini aku dapat pelajari di penjara. Di penjara ini segala pengalaman pasti akan aku jadikan sebagai teladan dan pengajaran untuk aku tempuhi kehidupan yang akan datang.
Sebenarnya kehidupan aku kini tidaklah sama seperti aku gambarkan tadi.Segalanya telah berubah mengikut peredaran masa.Aku tidak lagi mempunyai mak yang layaknya sebagai sahabat karib yang sentiasa menemani aku.Selepas babak dan mak bercerai ketika aku berumur sepuluh tahun segalanya telah berubah.
" Abang tak perlu nak pukul-pukul saya lagi kerana cemburu dan fitnah orang, kalau abang percaya sangat dengan fitnah itu, abang lepaskan saya!". Kata-kata itu diucap oleh mak diiringi esakan yang tanpa henti.
Suatu ketika itu amat membuatkan aku terpana. Aku masih kecil untuk mengerti keadaan yang memilukan itu. Malah, orang disekeliling yang juga ahli keluarga dan saudara kami itu turut bersedih. Kata-kata mak tadi juga dibalas Babak dengan diiringi sorak-sorai syaitan laknatullah.
" Abang lepaskan engkau!, kerana itu yang terbaik. Lafaz ini disaksikan keluarga yang ada di sini." Kata-kata itu seperti desingan kipas antik zaman dahulu yang amat menyakitkan telinga, bahkan desingan kata-kata itu juga terasa sakitnya sehingga ke batin setiap yang mendengar. Walaupun keadaan ketika itu amat sedih, tetapi aku yang masih kecil tidak dapat memahaminya. Tetapi kini jika diimbas kembali, pasti aku akan menangis seperti orang yang meratapi kematian, kerana perpisahan itu amat memilukan, lagi-lagi melibatkan ibu bapa aku.
Selepas hari itu, hak penjagaan aku diberikan kepada Babak. Kerana Babak lebih mampu. Kebanyakan orang pasti ingin mengikuti ibu tetapi aku telah mengikuti Babak. Aku masih kecil waktu itu jadi mungkin aku tidak mengerti situasi sebenar.
Keadaan itu sangat memilukan bagi Babak, mungkin selama itu dia tidak menguruskan aku. Jadi bila tiap kali dia menguruskan aku untuk ke sekolah pasti diiringi dengan kesedihan. Babak berubah sepenuhnya ketika itu, dahulunya dia tidak pernah menguruskan aku, kini dia ibarat seorang ibu yang menguruskan segala-gala tentang anaknya. Baik dari memandikan aku, pakaikan baju aku, kemaskan kelengkapan sekolah aku, makan aku dan segala-galanya tentang aku. Walaupun ada kekurangan antara kami, tapi itu tidak menghalang kebahagian kami. Tiap kali cuti persekolahan pasti kami akan meluangkan masa untuk pergi makan angin, untuk hilangkan kesedihan kami. Babak memang seorang ayah yang terbaik. Kenangan ini sangat indah bagi aku, tetapi kebahagian ini tiba-tiba hilang kerana kehadiran orang ketiga yang tidak sepatutnya hadir.
Kehadiran Aunty Yan pada mulanya menambahkan lagi kebahagian kami, tapi apabila masa semakin berputar, kebahagian kami seakan hilang tanpa dapat dikesan ibarat dilanggar garuda. Jiwanya masih muda untuk menjadi seorang ibu untuk aku. Dia tidak pernah memahami kehendak aku sebagai seorang anak. Segala pengurusan aku, aku lakukan sendiri termasuk makan dan minum aku. Aku ibarat seorang musafir yang menumpang di rumah Babak ini. Keadaan ini membuatkan aku cukup tersiksa dan tertekan. Ibu tiri seperti ini sepatutnya tidak hadir dalam hidup aku. Tetapi apakan daya.
Babak juga semakin berubah,mungkin kerana ibu tiri aku yang up to date membuatkan Babak bekerja lebih untuk mendapatkan wang ringgit agar ibu tiri aku tidak terlepas dengan apa yang dikehendakinya. Aku sebagai anak, tidak dapat apa yang dimiliki ibu tiri aku tetapi sesuatu yang pasti aku tidak perlukan materialistik dalam kehidupan aku.
Kenangan-kenangan itu terngiang-ngiang di minda aku, kerana Aunty Yan adalah kenangan pahit bagi aku. Tidak aku nafikan Aunty Yan juga banyak mengajar aku tentang dunia sosial seperti berkawan, berhibur, berfesyen dan sebagainya. Aku berterima kasih dengan apa yang telah dididikkan kepada aku.
Apabila aku telah menginjak ke alam remaja kehidupan aku lebih sosial. Aku berkawan dengan berjenis-jenis manusia, tetapi aku yang sudah biasa berdikari dapat aku bezakan mana baik dan buruk.
Dengan kehidupan yang mewah aku bebas lakukan apa sahaja. Aku selalu pulang lewat ke rumah. Aku banyak menghabiskan masa di pusat siber. Zaman millennium, IT itu penting. Maka aku habiskan banyak waktu di pusat siber. Di sini aku sering berchating, mendengar lagu,muat naik video dan sebagainya. Sekiranya aku di rumah pun aku lebih suka terperap di dalam bilik kerana aku malas hendak jadi seperti hamba abdi.
Apabila Babak tiada di rumah, ibu tiri aku ibarat permaisuri. Segala kerja di rumah aku yang perlu uruskan, kalau tidak aku akan dileter sepanjang hari, malah aku juga jadi mangsa fitnah apabila Babak pulang. Dia akan mengatakan bahawa aku pemalas, pengotor serta kurang ajar hinggakan aku dibelasah oleh Babak kerana fitnah Aunty Yan itu.
"Hoi budak, kau pergi kemas dapur sana! Suka-suka kau balik sekolah nak duduk saja dalam bilik. Baik kau kemas, kalau tak aku bagi tau bapak kau." Patah-patah ini sering diucapkan kepada aku jikalau aku berada di rumah.
"Abang, anak abang ni pemalaslah, mintak tolong kemas dapur pun dia tak nak. Ada dia marah saya pulak!" Babak sering mendengar kata-kata ini dari Aunty Yan, itulah yang sering kali membuat aku dibelasah oleh Babak.
Walaupun aku banyak menghabiskan masa dengan bersosial tetapi prestasi aku di sekolah tidak pernah merosot. Malahan dari segi akademik dan kokurikulum, aku pasti akan dipuji oleh guru. Walaupun masalah keluarga sentiasa menghantui aku tetapi kehidupan di sekolah aku lalui tanpa memikirkan masalah keluarga. Mungkin kerana aku telah biasa berdikari itu yang dapat aku bezakan masa bersekolah dengan masa bersosial.
Tetapi, mana ada manusia yang dapat bertahan dengan masalah yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Apabila aku tamat persekolahan, aku bertekad untuk keluar dari rumah. Aku cuba untuk hidup sendiri. Aku menginap di kilang plastik Babak. Babak tidak menghalang. Mungkin kerana aku beri alasan untuk bekerja dengannya di kilang itu.
Babak mempunyai sebuah kilang memproses plastik. Perniagaan ini memang menguntungkan kerana permintaan terhadap plastik adalah tinggi. Itulah yang membuatkan Babak semakin hari semakin senang. Jadi, dengan kesempatan ini, aku gunakan untuk hidup sendiri, makan sendiri, wang sendiri,pakai pun sendiri. Kerja sambil belajar dengan Babak banyak mendidik aku untuk jadi seorang yang berdedikasi dan bertanggungjawab. Malahan, aku juga diajar unuk menjadi seorang pemimpin berwibawa.
Aunty Yan tetap mencemburui aku, atas sebab aku banyak menguruskan kilang. Pada dia aku tidak layak dan tidak sepatutnya dapat kedudukan ini. Jawatan pengurus operasi yang aku sandang ibarat tiada apa-apa kerana menjadi rebutan oleh bapa saudara dan abang-abang aku.
"Kau tu kecil lagi, tak layak uruskan kilang ni?Budak 18 tahun bagusnya duduk rumah saja? Kau biarkan abang-abang kau ni urus kilang ni?Dah pergi balik? Kau nak jalan-jalankah, terpulang?" Kata-kata ini ibarat sebatang jarum yang tumpul menusuk jantungku. Bertapa perihnya sakit yang ku rasakan.
Selepas menempuh pelbagai dugaan hinggakan aku sendiri tersepit dengan fitnah oleh keluarga. Aku bertekad lari dari rumah, bagi aku harta Babak tak akan ke mana kalau direbut-rebutkan.
Allahuakhbar. allahuakhbar...
Laungan azan menandakan masuk waktu subuh. Setiap kali seusai solat pasti aku akan menadahkan tangan kepada ilahi untuk memohon doa kebaikan dunia dan akhirat kepada semua ahli keluarga aku.
"Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunkanlah dosa hambamu yang kerdil ini dan berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hariku. Ya Allah, ya Tuhanku yang menguasai seluruh alam semesta, kau ampunilah dosa seluruh ahli keluargaku maupun yang masih hidup dan yang mati ya Allah. Ya rabb, ya rabb, ya rabb. Kau berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan akhirat ya Allah dan sesungguhnya kepada engkaulah kami memohon keampunan. Amin, amin, amin ya rabbal alamin?"
Dahulu waktu aku masih lagi bebas, aku tak pernah menyambut seruan solat. Tetapi kini aku bersyukur kerana aku semakin dekat dengan yang Maha pencipta. Selama aku di penjara ini, Babak dan Aunty Liya yang sering mengunjungi aku, tidak ada orang lain selain mereka mengunjungi aku. Termasuklah kakak aku yang dahulunya setia susah dan senang bersama aku.
Dahulu, aku lari dari penjagaan Babak. Aku hidup dengan Kak AJ, dia bekerja sebagai penjual DVD di ibu kota. Kak AJ punya rumah sewa yang dahulunya disewa oleh Mak aku. Mak telah pulang ke Sarawak bagi menjaga atuk dan nenek yang sudah tua. Maka, kakak aku tinggal berseorangan di rumah ini. Kehadiran aku disambut baik oleh Kak AJ kerana dia sememangnya faham dengan kedudukan aku.
Tetapi waktu aku hidup dengan Kak AJ, aku kenal erti susah hinggakan makan nasi hanya sekali dalam sehari. Itu pun berlaukkan ikan bilis masak kicap. Malahan, telefon bimbit tidak punya kredit hampir berminggu. Dalam keterpaksaan aku ikut rakan-rakan yang kelihatan mewah. Kehidupan mereka memang senang. Mereka ada kereta mewah, pakaian berjenama, malah kekasih yang cantik bak bidadari. Akan tetapi pekerjaan mereka salah di sisi undang-undang seperti merompak, menjual dadah dan sindiket pelacuran. Mereka juga adalah ahli kongi gelap yang memang ditakuti di sekitar ibu kota ini.
"Wey lengchai, jom la ikut wa orang semua, kita control ini town. Macam-macam business kita boleh bikin maa?Mana ada orang berani sama geng kita maa..Kita king sini tau." Dengan slanga ala Cina itu, membuat aku terpengaruh. Mereka ini sangat terkenal. Malah, kawasan yang mereka naungi juga sangat besar.
Setelah aku sertai kumpulan mereka, kehidupan aku menjadi lebih mewah. Aku ada dua buah kereta import mewah, pakaian aku juga berjenama. Malah wang simpanan aku semakin hari semakin bertambah. Tetapi, tidak dapat aku nafikan wang itu hasil pekerjaan yang haram.
Di dalam kumpulan ini, aku telah diberikan kepercayaan oleh ketua aku untuk menjaga sebuah kawasan di tengah kota. Di kawasan ini, aku dapat wang perlindungan dari semua tauke kedai, agar kedai mereka tidak akan diganggu oleh samseng-samseng yang lain. Malah, aku juga menguruskan beberapa perniagaan seperti kelab malam,pusat perjudian,hotel bajet dan perkhidmatan pelacuran. Malah, kumpulan kami ini sangat besar pengaruhnya, baik orang politik, golongan koporat, dan penjawat awam. Kesemua mereka inginkan kekayaan. Dalam dunia gangster ini kekayaan dan kedudukan adalah pegangan.Hingga aku lupa akan takdir hidup aku.
"LFC adalah gelaran lu sekarang. Ini baju lu sarung, wa tak nak lu masuk karung. Area uptown lu punya sekarang. Itu kawasan kasi angkat. Sampai lu punya rank pun terangkat.hahaha?". Begitu kata-kata ketua aku selepas aku dilantik sebagai ahli dan brother.
"Aku dah jadi taiko sekarang.... Aku ada duit, aku ada betina, semua aku ada..hahaha.."kata-kata yang sering ada di bibir aku.
Adat dunia yang sering dikaitkan dengan hukum karma, setiap yang ada di atas akan berada di bawah pula. Ibarat roda yang berputar. Sekian lamanya aku bermaharajalela. Akhirnya aku kecundang. Aku telah diperangkap oleh ahli-ahli yang memang seteru aku.Sekian lama pihak berkuasa cuba memberkas aku tetapi tidak berjaya. Kini, mereka gembira kerana telah berjaya memberkas aku.

 

Hari Malang?.
Pagi-pagi buta lagi aku telah dikejutkan dengan satu insiden. Orang kanan aku telah mati ditembak dipusat perjudian kami.Aku tahu dia di sana untuk menjaga seorang pelanggan dari negara yang tekenalnya dunia kongsi gelap iaitu China.Malangnya ada kumpulan yang mensabotaj premis kami dan mengatakan pusat perjudian ini menggangu ketenteraman awam. Maka, premis kami telah diserbu oleh pihak berkuasa 16 DISEMBER 1991 adalah tarikh keramat yang tertulis di loh mahfuz. Setelah sembilan bulan dikandungkan oleh ibu dengan keadaan sarat yang terpaksa ditanggung, seorang permata hati telah dilahirkan dalam keadaan selamat, dilahirkan di dalam keluarga yang cukup sempurna, sangat berbeza dengan anak seorang pengemis. Dengan kemewahan dan keselesaan bak raja-raja, tapi malangnya kesempurnaan materealistik itu bersifat sementara.
Penjara?.
Kini hidup aku lebih teratur dan berdisplin.Malah santapan rohani yang telah diberikan cukup membuatkan aku bersemangat dan tawaduk terhadap perintah Ilahi.Dua tahun telah aku lalui masih lagi berbaki tiga tahun untuk aku teruskan perjalanan di dalam penjara ini.Aku tidak salahkan sesiapa dengan apa yang telah berlaku.Segalanya aku telah terima dengan redha.Ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku di dalam kehidupan ini.
Di penjara ini juga aku telah diberi peluang untuk menyertai pelbagai program dan petandingan. Aku sering mewakili penjara dalam petandingan sketsa,deklamasi sajak,menulis puisi dan cerpen malahan aku juga pernah mendapat tempat pertama dalam petandingan tarik tali bagi kejohanan sukan penjara. Di samping itu, keputusan peperiksaan SPM aku juga amat memberangsangkan. Aku bersyukur dengan kehendak Ilahi.
Aku dimasukkan dalam penjara dan kini aku tahu aku punya bakat-bakat yang terpendam. Mana tahu, kelak aku akan menjadi seorang penulis hebat seperti Dato? Baha Zain iaitu Sasterawan Negara. Apa yang pasti aku akan meneruskan perjuangan dan aku akan pulang untuk menjadi seorang yang baru. Harapan aku, agar keluarga tersayang akan menerima aku seadanya kerana tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan. Lorong hitam hanya menuju ke jalan jahanam.

Hasil Karya
Muhd NoorAriff

8. MASIH ADA SINAR
Aku ialah insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Kesilapan lalu telah banyak mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam menjalni kehidupan pada masa akan datang. Pelbagai masalh dan dugaan telah aku hadapi pada zaman remajaku. Sungguh pun begitu, dugaan-dugaan tersebutlah yang menjadikan aku kuat dan lebih berfikir tentang kehidupan ini. Boleh juga dikatakan bahawa kegagalan hidupku yang lepas menjadikan aku lebih berjaya pada hari ini. Menurut apa yang pernah aku dengar, orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang pernah menghadapi kegagalan sebelum kejayaannya. Semoga apa yang aku perolehi sekarang ini akan berterusan tanpa menghadapi kegagalan kerana ku sudah merasa serik untuk menghadapi situasi begitu.
Walaupun aku telah berjaya sampai ke menara gading yang diimpikan oleh semua insan yang bergelar remaja pada hari ini, tidak pernah sekalipun aku melupakan segala kegagalan atau kesilapan yang pernah aku lakukan pada zaman silamku. Semasa di zaman persekolahan aku sangat popular dan dikenali di kalangan kawan-kawan dengan gelaran ?Black?. Aku seperti remaja-remaja lain yuang inginkan kebebasan dan naluri ingin mencuba sesuatu yang baru sangat kuat tertanam di dalam diriku. Disebabkan sifatku yang peramah, maka aku mudah bergaul dengan sesiapa sahaja dan mempunyai ramai kenalan. Akan tetapi, dek kerana tersalah memilih kawan maka zaman remajaku hancur musnah. Aku juga lebih mementingkan kawan berbanding keluargaku sendiri. Bagiku, kawan-kawan adalah paling utama dalam hidupku dan keluarga jatuh di tahap yang kedua penting dalam kehidupanku pada ketika itu.
Ibu dan ayah sering menasihatiku aah... nasihat-nasihat mereka tidak ku endahkan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sehinggalah kehidupanku hancur dek kerana mula mencuba syabu (ice) semasa umurku 15 tahun dn berada di tingkatan 3 pada masa itu. Aku telah diajak oleh rakan sekelasku untuk mencuba barang larangan tersebut. Sememangnya niatku pada ketika itu adalah hanya ingin mencuba sahaja, akan tetapi lama kelamaan aku semakin ketagih dengan bahan tersebut dan mula berubah sikap. Akibat dari ketagihan itu, aku mula menjadi seorang yang panas baran dan tidak menghormati orang lain termasuk ibu dan ayahku sendiri. Aku pernah mengeluarkan kata-kata kesat memaki hamun dan memarahi mereka disebabkan mereka tidak memberikan wang untukku membeli dadah"ice?. Ya...Allah besarnya dosa-dosa yang aku aku lakukan. Tapi ketika itu aku tidak pernah rasa menyesal aku semakin liar. Faktor tersebutlah yang menyebabkan aku mula terjebak dengan dunia jenayah. Aku sanggup berbuat apa sahaja daemi untuk melepaskan gian walaupun aku tahu apa yang lakukan sebenarnya adalah salah.

Aku mula menyamun, meragut, mencuri dan bermacam-macam lagi cara demi untuk mendapatkan wang untuk membeli ?ice?. Aku juga menjadi semakin berani untuk melakukan apa sahaja akibat kesan dari mengambil ?ice? tersebut. Lama-kelamaan segala kesalahan yang ku lakukan itu aku anggap satu perkara yang biasa dan aku juga tidak memikirkan lagi risiko yang akan aku terima kelak.
Betullah pepatah Melayu yang ada menyatakan baawa " sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". Perumpaan terebut amat tepat untuk aku gambarkan apa yang terjadi kepada diriku. Akhirnya kegiatan jenayah yang telah aku lakukan telah dapat dihidu oleh pihak polis. Pihak polis telah menyerbu rumah sewaktu yang pada ketika itu aku dan kawan-kawan sedang leka melayan ?ice?. Aku dan kawan-kawanku telah ditangkap dan dihantar ke balai polis bagi disoal siasat bagi kes samun bersenjata.
Selepas direman selama empat belas hari , aku akhirnya mengaku bersalah dan pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman dengan menmpatkan diriku di Sekolah Henry Gurney ( SHG ), Melaka selama tiga tahun. Ketika itu baru aku terasa penyesalan yang amat sangat. Baru aku tahu langit tinggi rendah. Di sini aku terkurung dan terpaksa mengikuti program orientasi seperti kawad dan modul ketatanegaraan. Di sni baru aku teringatkan keluarga tersayang.
Alhamdulillah... walaupun ibu dan ayah amat kecewa dengan segala yang telah aku lakukan, mereka masih kerap melawat aku di sini. Ibu dan ayah telah memaafkan segala perlakuan yang telah aku lakukan terhadap mereka asalkan aku bertaubat dan tidak melakukan lagi perkara yang terkutuk itu. Aku sangat menyesal dengan segala apa yang telah aku lakukan dan mula berfikri bagaimana kehidupan hari-hari akan datang yang perlu aku lalui selama tiga tahun di sini kelak. Apakah cara terbaik yang boleh aku tebus segala kesalahan yang telah aku lakukan kepada kedua ibu bapaku? Aku telah berazam untuk mengubah hidupku di sekolah ini dengan cara belajar bersungguh-sungguh mengutip segala pengalaman yang ada di sekolah ini untuk dijadikan sebagai bekalan apabila dibebaskan kelak. Aku ingin membina kehidupanku yang baru di sini dan ingin menunjukkan perubahan serta kejayaan sebagai menebus kesilapan yang telah aku lakukan dahulu kepada ke dua ibu dan ayah ku.
Setelah beberapa bulan menginap di sekolah ini, aku dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini dengan mengikuti segala program yang diberikan dalam bidan akademi. Aku mengambil keputusan untuk mendaftar diri sebagai calon yang akan mengambil peperiksaan SPM. Aku ingin masa depanku cerah. Sekurang-kurangnya jika keputusanku cemerlang mudah bagiku untuk mendapatkan pekerjaan atau jugaa melanjutkan pelajaran setealh dibebaskan di kemudian hari. Kakitangan dan guru-guru di sini sentiasa memberi perangsang dan dorongan untuk aku menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Berkat usaha yang bersungguh-sunggu dan doa oleh kedua ibubapaku keputusan SPM ku amat tidak mengecewakan diriku. Aku mendapat keputusan yang cemerlang berbanding rakan-rakanku yang lain di sini. Aku telah mendapat keputusan 6A, 1B dan 1C.
Betullah pepatah Melayu ada mengatakan bahawa " usaha adalah tangga kejayaan". Aku telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan itu kepada ke dua ibu dan ayahku ketika mereka datang melawatku. Kalau dulu airmata duka yang keluar kini dengan keluar linangan air mata gembira dan mereka mengatakan bahawa mereka sangat terkejut dan tidak menyangka bahawa anak mereka yang dahulunya merupakan seorang yang malas dalam pelajaran dan pernah dibuang sekolah boleh mendapat keputusan yang sebaik itu. Aku juga turut menyatakan kepada mereka bahawa segala usaha yang aku lakukan ini adalah bagi menebus segala kesilapan yang telah aku lakukan sebelum ini. Jelas kelihaan riak wajah gembira mereka melihat perubahan yang terdapat di dalam diriku kini.
Aku amat bersyukur bahawa kesilapanku dahulu tidak berterusan dan membawa perubahan yang baik kepada diriku ini. Kini, aku telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam. Aku telah diberikan pembebasan secara berlesen untuk melanjutkan pelajaran. Pengalaman dan kenangan selama aku di SHG sentiasa segar dalam ingatan ku dan tidak mungkin aku akan melupakan tempat yang telah banyak mengubah kehidupan dengan menjadikanku sebagai seorang manusia yang berguna pada masa kini. Aku juga merasa bahawa aku merupakan seorang yang beruntung kerana diberi peluang untuk mengubah diri di SHG pada masa lalu. Inilah diriku, aku hanyalah manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan tidak seperti para Malaikat yang sentiasa taat terhadap perintah Allah S.W.T.

Hasil Karya

SMPP: 13329 Melayu/Lekiu
Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.

9. NOSTALGIA HIDUP
DI SEBALIK MENGEJAR IMPIAN DAN KASIH SAYANG

Setiap yang hidup pasti akan mati jua nanti.Begitu juga kehidupan kita di dunia ini, tiada yang sempurna. Tiada yang tidak pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan ini. Semua yang senang bermula dengan kepayahan dan kesusahan hidup memerlukan pengorbanan untuk mencapai kejayaan dan impian.
Begitu juga dengan aku,aku berasal dari keluarga yang boleh dikatakan senang di tempat aku. Tapi kesenangan itu tiada makna bagi aku. Aku membesar dalam keadaan kurang perhatian dan kurang mendapat kasih sayang dari kedua orang tua aku. Mereka sentiasa sibuk dengan kerja dari pagi sehinggalah ke malam menjelma. Aku dan adik-adik aku dijaga oleh pembantu rumah. Walaupun pembantu rumah kami seorang yang baik dan penyayang tetapi berbeza dari kasih sayang yang diberikan oleh ibi bapa kita sendiri. Aku juga seperti kanak-kanak lain yang ingin merasa kasih sayang mereka yang bergelar ibu bapa.
Disebabkan kurang perhatian dan kasih sayang,aku mula hidup berdikari dan mencari kasih sayang dan ketenangan di luar. Aku beruntung mempunyai seorang pak cik yang amat memahami aku. Memang tidak aku nafikan dari segi kewangan aku tidak pernah kesempitan. Minta saja dari orang tua aku,aku mesti diberi duit atau apa yang aku inginkan. Tapi itu tidak memberikan apa-apa makna bagi aku yang kurang kasih sayang dan perhatian. Bagi aku duit boleh dicari dan duit tidak dapat menggantikan kasih sayang yang aku inginkan.
Ketika berumur 13 tahun aku sudah mempunyai motosikal sendiri. Motorsikal itu adalah hadiah dari orang tua aku kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian penilaian dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Aku mula bermain dan bergaul dengan budak-budak kaki motor,mengubahsuai motor dan tidak ketinggalan menyertai perlumbaan haram.Aku juga mengikut jejak Pak Cik aku menjadi salah seorang dari ahli kumpulan yang beroperasi sebagai ajen atau orang perantara untuk membawa masuk warga asing yang tiada permit untuk dijadikan buruh kasar di ladang-ladang atau tapak-tapak pembinaan yang memerlukan tenaga pekerja asing. Bagi yang perempuan pula akan dijual atau dihantar untuk bekerja di karaoke, kelab-kelab malam, pub-pub, disko dan juga pembantu rumah.
Aku mendapat hasil yang lumayan dari pekerjaan ini. Walaupun begitu, aku tetap bersekolah seperti biasa, malah tiada yang aku abaikan kerana aku tahu pelajaran itu penting. Aku semakin bebas bergaul dan bebas kemana sahaja tidak kira siang ataupun malam. Aku menjadi semakin liar dan semakin jauh dari keluarga aku. Aku lupa pada diri aku yang masih terlalu muda untuk menjalani kehidupan seperti ini, hidup dengan berseronok,mengunjungi pub,disko dan berfoya-foya dengan perempuan.
Akhirnya aku terjebak dengan dadah jenis syabu. Aku mengambil syabu untuk mengelakkan rasa mengantuk sewaktu berada dalam kelas ketika belajar kerana aku sering pulang lewat malam dan kadang-kadang sampai ke pagi berjaga untuk bekerja dan berseronok. Di sekolah aku mula menaruh hati terhadap salah seorang kakak senior aku yang bernama Hasmawatie Ayu. Aku cuba untuk mendekatinya secara diam-diam dan akhirnya aku berjaya berkawan dengan Ayu dan menyatakan hasrat untuk menjadikannya kekasih aku. Tetapi dia menolak kerana perbezaan umur antara kami dan Ayu menganggap aku hanya sekadar adik. Tapi aku tidak mudah putus asa, bagi aku umur bukanlah panghalang untuk bersama. Disebabkan aku selalu di bawah pengaruh dan khayal oleh dadah, aku mula mencipta ayat-ayat manis dan pandai bermain dengan kata-kata. Akhirnya aku berjaya memikat dan menjadikannya kekasih.
Selama hampir 3 tahun bersama dengan Ayu tanpa sebarang masalah kecuali dihalang oleh bapa Ayu kerana orang tua itu mengetahui kegiatan aku yang kini mula mengedar dan membekalkan dadah kepada budak-budak kampung. Cuma perkara ini belum sampai ke pengetahuan Ayu. Walaupun dihalang oleh orang tua, namun aku dengan Ayu tetap bersama dan genbira. Kami sering belajar bersama, ke sekolah bersama dan lepak di rumah aku jika kami tidak keluar. Sehinggalah pada suatu malam.........
Aku mempunyai seorang kawan rapat, kami sudah seperti adik-beradik.pada suatu malam ketika kami sedang lepak minum minuman keras, si Amir terlalu mabuk. Amir tidak mampu untuk menunggang motor lagi untuk mengambil adiknya balik dari bekerja sambilan di kedai talipon. Dia meminta tolong aku untuk mengambil adiknya balik dari kerja. Bermula dari malam itu aku mula berkenalan dengan adik kawan aku itu dengan lebih rapat. Aku mengenalinya dengan nama Nur. Aku juga semakin kerap mengambilnya dari tempat kerja. Hal ini berlangsung tanpa pengetahuan Ayu. Aku mula merasa senang dengan kehadiran Nur dalam hidup aku. Dia juga seorang yang mengambil berat dan seorang yang penyayang. Ini membuatkan aku semakin tertarik dengan Nur. Dia juga mengetahui segala kegiatan aku dan juga hubungan aku dengan Ayu. Kebetulan juga dia belajar dikelas yang sama dengan aku membuatkan kami semakin hari semakin rapat dan akhirnya diketahui oleh Ayu. Aku dengan Ayu bertengkar dan dia menyuruh aku membuat keputusan untuk memilih di antara dia dan Nur.
Aku menjadi bingung, kedua-duanya penting bagi aku. Aku tidak dapat membuat keputusan untuk memilih di antara mereka berdua dan akhirnya aku menjadi semakin teruk disebabkan terlalu tertekan. Aku kerap ponteng sekolah kerana jika aku hadir ke kelas hanya akan bertemu dengan Nur boleh jadi juga akan bertemu dengan Ayu. Aku menjadi serba salah untuk bertemu dengan mereka berdua kerana aku masih belum membuat keputusan. Nur juga inginkan keputusan aku. Aku juga semakin kuat menggunakan syabu disebabkan tertekan. Selepas difikirkan, aku membuat keputusan untuk memilih Nur dan meninggalkan Ayu. Walaupun berpisah dengan Ayu tapi kami masih berkawan rapat macam biasa, ujian PMR aku hadapi dengan baik dan layak ke Sekolah Menengah Teknik. SPM aku juga hadapi dengan baik dan ditawarkan ke Politeknik Kuching. Berjauhan dengan Nur tidak menjadi masalah dengan aku. Tapi lumrah hidup lelaki memang tidak cukup seorang dan tidak dapat melihat yang cantik mesti cuba untuk dipikat. Sambil belajar aku juga mengedar dadah kepada rakan-rakan sama belajar. Pernah juga kecurangan aku diketahui hingga menyebabkan pertengkaran antara aku dan Nur. Tapi aku dapat memujuknya kembali. Setelah tamat belajar, aku bekerja di farmasi ubat hospital di tempat yang sama dengan emak aku bertugas atas bantuan emak aku. Setahun lebih bekerja disitu, aku membuat keputusan untuk berkahwin. Keputusan itu disokong oleh kedua-dua belah pihak begi mengelakkan fitnah kerana Nur kerap datang ke rumah aku. Memang Nur kerap datang ke rumah aku sejak kami masih sekolah lagi. Kadang-kadang dia yang menyediakan aku makan tengahari. Bagi aku Nur seorang yang matang dan pandai dalam menguruskan rumah dan disebabkan itu aku tidak teragak-agak untuk menjadikannya isteri aku. Aku hidup dalam kemewahan hasil dari duit gaji dan hasil pengedaran dadah. Aku juga mempunyai budak-budak aku sendiri untuk mengedarkan barang-barang aku. Aku hidup cukup sempurna dari segi duit dan kebendaan.
Beberapa bulan selepas berkahwin aku menyambung belajar dalam bidang Diploma Physiotherapi di Kolej Perubatan. Ketika aku belajar isteri aku disahkan mengandung. Aku semakin gembira memikirkan akan mendapat anak, aku semakin ghairah untuk mencari duit. Aku mula meluaskan kawasan pengedaran, aku juga membekalkan kepada teman-teman belajar. Aku bersyukur kerana aku akhirnya dikurniakan seorang puteri yang comel dan kiut. Hal ini membuatkan aku bertambah gembira dan semakin ceria setiap hari.
Ketika pengajian aku berbaki tidak sampai setahun aku telah ditangkap. Aku bernasib baik kerana hanya dihantar ke Pusat Pemulihan Dadah sahaja kerana ketika ditangkap tidak dijumpai barang bukti bersama aku. Aku hanya menghuni Pusat Serenti hanya 5 bulan 8 hari. Aku dibebaskan awal kerana memberikan prestasi yang baik dan aku juga bukanlah seorang penagih tegar sewaktu ditangkap. Oleh itu, surat permohonan isteri dan emak aku yang ditulis oleh peguam diterima oleh pihak pengurusan pusat bagi membebaskan aku awal dari tempoh tahanan sebenar aku bagi memberi ruang untuk menyambung pangajian aku semula.
Hidup aku kembali seperti sediakala, tapi malangnya aku kerana tidak dapat mengubah tingkahlaku dan kembali mengedar dan mengggunakan dadah selepas beberapa bulan keluar dari Pusat. Perangai aku yang tidak serik-serik ini pernah menyebabkan pertengkaran di antara aku dan isteri aku sehinggalah isteri aku merajuk dan pulang ke rumah orang tuanya. Perkara ini serba sedikit menyedarkan aku atas apa yang aku lakukan ini adalah salah. Aku mula meninggalkan dunia pengedaran aku dan cuba untuk tidak menggunakan dadah lagi secara perlahan-lahan.
Tapi malang tidak berbau, seleas aku meninggalkan aktiviti pengedaran aku selama hampir 2 bulan dan menyerahkan tugas mengedar dadah sepenuhnya kepada kawan aku. Kawan aku yang dikenali sebagai Mat itu telah ditangkap Polis. Mat telah menikam aku dari belakang dengan memberitahu Pihak Polis bahawa barang-barang yang diedarkan olehnya adalah milik aku. Beberapa hari selepas itu, rumah aku telah diserbu Pihak Polis dan aku telah ditangkap. Siasatan dijalankan ke atas aku dan aku disabitkan didalam Akta LLPK 1985 Seksyen 6(1)ADB. Aku ditahan selama 60 hari di lokap kemudian dihantar ke PPA Simpang Renggam Johor untuk menjalani hukuman selama 2 tahun. Selama berada disini, aku banyak belajar tentang agama dan mengajar aku erti kehidupan sebenar,pentingnya keluarga kepada kita. Akhirnya aku menyesal atas kesilapan-kesilapan yang telah aku lakukan. Aku sedar bahawa menyesal kemudian tiada gunanya lagi. Aku berjanji kepada diri aku untuk berubah selepas bebas dari sini nanti dan akan kembali ke pangkuan keluarga untuk menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara.

Hasil Karya
ISAMUDDINE SURI
JST 566/11

10. QADA DAN QADAR
Di suatu senja, di musim yang lalu? 1 hb Ogos 2012 waktu itu suasana sepi, tiada yang mengganggu. Kehidupan dunia sedikit tidak dihiraukan, asalkan cukup makan, pakai, tempat tinggal pun tak aku kaji siapa tuannya. Siapa yang sewa. Asalkan aku bahagia, senang mata memandang, kenyang perut sudah memadai.
Bermula cerita hitamku dengan gelaran banduan. Aku berada aras 12 bangunan apartment sewaan ku. Pintu diketuk bertalu-talu. Sangkaan ku, rakan-rakan biasa yang selalu datang melepak di rumah ku. Aku hampiri pintu dan melihat dari kanta yang disediakan di pintu utama rumah ku. Kelihatan rakan biasa yang mengunjungi rumah ku. Sebaik aku membuka pintu, aku terus dipegang oleh mereka yang memperkenalkan diri sebagai polis.
"Jangan bergerak, mana barangnya!!?" salah seorang dari mereka menyoal ku, mungkin ketua atau pegawai di antara mereka.
"Barang apa!!!?" aku membalas dengan persoalan juga. Seolah tidak mengetahui ?barang? yang mereka kehendaki.
"Ohhh? buat tak tahu ya?" kata pegawai itu lagi seperti tidak berpuas hati dengan jawapan ku.
Aku didudukkan di sofa milik ku. Aku terasa dunia berputar laju. Pening, apabila memikirkan mereka yang menggeledah seluruh rumah ku.
"Ha? ni, apa benda!!?" kata pegawai yang menyoal ku tadi setelah hamper setengah jam mengeledah rumah ku.
"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua" kata pegawai itu lagi. Aku diapit kiri dan kanan, kira-kira lapan orang yang aku sedia maklum, anggota polis. Aku dihantar ke penjara untuk direman, selepas 4 hari aku ditahan di lokap.
Aku direman atas kesalahan di bawah seksyen 39(B)(2) ADB (Akta Dadah Berbahaya 1952), yang boleh dihukum gantung sampai mati. Aku termenung sendiri mengenang nasib diri, bulan pertama aku di penjara, aku langsung tidak berselera untuk makan.
"Hello, Pak Yah, aku nak lebih hari ini? kau kat mana sekarang?" Tanya kawan ku.
"Aku kat luar kawasan ni, tunggu aku balik" terus aku meletakkan telefon.
Aku tak sedap hati, selepas mendapat panggilan. Biasanya dia tak macam ni, mungkin pelanggan dia yang hendak cepat. Aku abaikan sahaja, dan meneruskan perjalanan ku.
Selang 10 minit, aku mendapat panggilan lagi, dari rakan ku yang sama juga. Dia menyuruh aku cepat dan mahukan lebih lagi dari kebiasaan. Memang luar biasa keadaan ketika itu. Dan itulah petanda, sebelum aku ditangkap polis. Rakan rapat ku, orang yang paling aku percayai, telah mengkhianati aku.
Aku dibicarakan di mahkamah, seluruh badan ku berpeluh, seakan aku berada di bawah panas terik mentari, sedangkan aku berada di dalam ruangan penghawa dingin kamar mahkamah. Gementar aku menunggu kata-kata dari hakim. Pelbagai andaian mulai muncul satu persatu di dalam benak fikiran ku.
Akhirnya, keputusan yang ditunggu-tunggu, sampai jua, aku telah dijatuhkan hukuman Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, sub seksyen 12(2) kerana pertuduhan aku sebelum ini iaitu 39(B)(2), telah digugurkan. Aku terpinga-pinga, perasaan aku ketika itu gembira bercampur duka. Setelah pengakuan dibuat, aku telah dijatuhkan hukuman selama 24 tahun. Aku bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana masih memberi peluang kepada aku, untuk meneruskan hidup di alam yang fana ini.
Aku terfikir sejenak dan untuk beberapa minit, aku masih di situ, tiada siapa pun yang menganggu gugat kedudukan aku. Tapi kebesaran Yang Maha Esa, walaupun aku dikhianati oleh rakan ku sendiri hingga aku sampai ke tahap ini, namun aku tetap bersyukur di atas qada dan qadarNya ini kerana menunjukkan aku ke jalan yang betul.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui di atas segala apa yang berlaku. Aku di sini telah ditunjukkan untuk merubah haluan diriku. Di kemuncak tawanan, susah dan senang, semuanya dalam kenangan. Sampai sahaja di sini, perubahan mesti aku lakukan. Di selia rapi, aku tidak terdetik, untuk menyesali sama sekali apa yang terjadi
?Allahu Rabbi??
Rukun Iman di sisi, aku hayati dengan sepenuh hati. Perkara ke enam, itu yang pasti. Aku akur? kawan? kita sama tapi? tak serupa.

Hasil Karya

Smpp: 10402340
Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu. 

11. SAYUNYA SUARA AZAN

Pagi, petang mencari rezeki? Penat letih tak terkira? Senja menyusul meniti waktu. Warga Satwa mula kembali ke sarang dan alam pasrah menerima kehadiran malam. Kemerahan mega di kaki langit disambut dengan keriuhan kicauan tiung yang kelelahan tetapi riang setelah seharian mencari makan. Hening sejenak. Azan berkumandang bertingkah-tingkah dari qariah yang berhampiran menandakan matahari sudah terbenam. Maghrib, Masjid, Musolla adalah maujud dan isyarat yang sentiasa sinonim dengan saat itu. Di rumah Fahmi juga, laras kesyahduannya menerobos masuk melalui jendela.
Seakan tersapa oleh bicara si Tong tadi, mengumpat dan mengejek manusia yang masih bergelandangan. Nilai apakah yang masih tertinggal dari watak mereka itu, dalam waktu senja begini masih ada yang berlompatan di gelanggang takraw. Atau, apakah mereka telah kehilangan segan dengan Tuhan. Atau, sekurang-kurangnya malu kepada si Ah Hock yang senja begini akan bersegera menutup gerai sayur dan bunganya untuk pulang ke rumah di kampung sebelah.
Walaupun begitu masih ada dari kalangan mereka yang masih ada beringat untuk mengagungkan Tuhan.
"Mari nak, Tuk pimpin. Jangan sampai tersepit tangan di muka pintu." Hati-hati dan akur anak kecil itu mengekori datuknya melangkah masuk menaiki tangga masjid yang sederhana besarnya. Ia tersenyum riang, lari sejenak dari keserabutan rumahnya. Sejenak pula bebas dari gangguan abangnya yang suka membulinya. Sementara kakaknya pula asyik memerap di bilik, bercinta-cintaan dengan telefon yang entah siapa dihubunginya saban hari. Fahmi seorang budak berumur tujuh tahun yang sentiasa bosan untuk berada di rumah. Ayah dan ibunya pula masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Sebab itu ia lebih senang menemani datuknya ke masjid ini. Di sinilah ia dapat merasakan semacam satu ketenangan, yang ia sendiri tidak memahaminya. Tetapi ia suka sekali. Ia sentiasa ternanti-nantikan senja. Azan maghrib dan masjid adalah kerinduannya saban waktu.
Lebai Omar sering memerhatikan watak cucunya seorang ini. Fahmi lebih germar menyendiri. Di fikirnya benar-benar. Fahmi sudah didorong nalurinya sedemikian oleh Allah. Sedangkan rambutan setangkai tak sama bentuknya... mungkin ia boleh terlibat juga membantu mewarnainya. Tetapi bagaimana??
Suatu hari datuknya mengajak Fahmi bersiar-siar. Fahmi, mari kita berjalan-jalan. Ajakan mesra daripada Lebai Omar. Dilihatnya Fahmi termanggu sebentar. Tak mahu... hari dah nak senja. Fahmi menjawab ringkas. Lebai Omar memandang cucunya yang asyik memerhatikan kemerahan mega di dada langit itu. Ia terus mencuba untuk mengetahui punca sebenar cucunya bersikap sedemikian. Mungkin ia maklum bahawa waktu begini, di saat matahari jatuh, kanak-kanak merasa keluh kesah menanti ketibaan malam yang gelap. Kenapa dengan senja? Tanya Lebai Omar. Fahmi lebih senang melihat awan merah di kaki langit mendengarkan azan. Sejuk hati seorang datuk, apabila mendengarkan jawapan tersebut. Rupanya azan dan senja yang menjadi satu perkara mainan Fahmi. Lantas teringat cerita orang tua-tua bahawa di waktu senja adalah masa pertukaran waktu yang agak ganjil dan kadangkala mewujudkan peristiwayang agak aneh sekali. Tekadnya kerana senja inilah makna ia akan memperkenalkan satu suasana yang baru kepada cucunya, supaya ia keluar dari kesunyian dan kebosanan. Berhijrah ke dunia yang kudus dan tenteram. Fahmi dengarkan sungguh-sungguh azan di hujung sana. Lalu diterangkan lebih lanjut makna yang lahir dari laungan azan berkenaan? Apakah yang Fahmi rasakan?? Soalnya kemudian.
Selalunya Fahmi rasa sedih. Sedih!... kenapa begitu. Bukankah azan itu indah sekali. Jika di tv ada azan, di radio ada azan, di sana sini ada azan?. Lebai Omar pun mencelah. Fahmi sedih apabila mendengarnya. Ia sayup dan jauh dan jauh sekali. Senja begini, ayah dan ibu masih dengan kerja. Malam nanti baru balik... dahitu terus tidur. Abang dan kakak asyik dengan hal yang itu sahaja. Fahmi tidak mengerti apa-apa. Yang anehnya senja begini , suara azan itu di selang seli dengan keriuhan kicauan tiong yang pulang ke sarang. Kaa cikgu, semua burung itu penat bekerja dan balik ke sarang berjumpa anak dan isterinya. Bercerita dan bercerita tentang peristiwa dan kehidupannya. Riang dan seronok? Faham pula?
Oh ayah dan ibu. Kenapa tinggalkan Fahmi bersendirian saban hari? Tangis Fahmi sambil diperhatikan oleh datuknya. Lantas dipujuk datuknya dengan penuh hiba.
"Sabar Fahmi... sabar". Hanya itulah kalimah yang terkeluar daripada mulut Lebai Omar. Sama sekali tidak diduganya bahawa cucunya sudah sekian parah menanggung penderitaan kekeliruan dan kesunyian. Azalina dan Johan, apa sebenarnya yang terjadi. Tidakkah kau berdua menyedari betapa beratnya tanggungan anak mu itu. Ditinggalkan ibu dan bapa. Keremangan senja, kicauan burung, kesayuan suara azan,,kebosanan yang terpendam kukuk dalam hati cucunya itu yang menyebabkan ia lebih terpendam.
Fahmi, kau terlalu kecil untuk memahaminya. Rupanya kau menderita kekosongan jiwa. Oh... Tuhan Rabbul Jalil, rupanya anak sekecil ini juga sudah mengerti erti kehilangan dan kekeliruan senja. Lagi sekali ia seakan merasa kesal dengan sikap anak dan menantunya yang saban hari mengejar kebendaan sehingga terlupa memerhatikan Fahmi, menjalani kehidupan di zaman kanak-kanaknya. Mungkin ia boleh berpenana. Bagaimana? Sayunya azan... sayunya lantaran menyusupnya matahari melabuhkan diri di pelabuhan malam. Di kala ia selesai menunaikan solat maghrib pada senjanya. Ia lantas berdoa agar diberikan taufik dan hidayah semoga dapat memulihkan sinar keceriaan di hati cucunya Fahmi.
Teringin ia memperkenalkan satu suasana yang baru kepada cucunya itu. Membawanya menyambut lafaz-lafaz azan yang berkumandang dan bermain di dalam taman kecantikkanya , ketenangan. Suara hatinya seakan berkata. Buatlah sesuatu yang boleh meriangkan hati, mengisi kekosongan jiwa tadi. Ia bukannya payah tetapi bukan juga mudah. Ia masih kanak-kanak.
Dunianya pula diisi dengan rona kehidupan moden dan mewah dalam serba-serbi. Tidak kisah keluarganya. Mungkin?.... Mungkin juga ia boleh berperanan menerangkan perkenalan yang akrab dan bersusila sekali.
Menyambut riang, kemerahan mega di dada langit. Mudahkah? Suatu hari ia bertemu ibunya Fahmi, anaknya sendiri, Azalina, ,meminta izin membawa cucunya ke masjid di hujung sana. Anaknya itu hanya membisu, membenarkan jauh sekali. Diam seakan ada batu yang tersekat di ruang tengkoraknya.
Lama ia menuggu jawapan dari anaknya. Ia terasa asing diperdiamkan begitu. Akhirnya , dikatakan cucunya masih kecil dan beberapa kelaimah yang membosankan telinga tuanya. Tewas ia kali ini.
Perbincangan itu tinggal kosong. Ia terasa semacam disingkirkan oleh anaknya, seorang pegawai kerajaan yang berpangkat juga? Berjaya juga. Terasa sekali ia akan ketinggian langit kehidupan telah mengubah kehendak dan fitrah naluri anaknya. Esoknya ia berbual dengan Johan menantunya pula, bapa si Fahmi. Bercerita secara orang tua dengan hajat yang besar seperti semalam senada dengan pertemuannya dengan Azalina anaknya. Menantunya Johan juga membisukan diri seribu bahasa. Terkunci mulutnya.
Ohh? Azalina dan Johan sudah terlalu jauh berubah rupanya? Keluhnya menikam menusuk dalam kalbunya seperti duri yang mencengkam daging-daging sehingga tersiat dan terobek. Sebenarnya dunia ini yang sudah berubah. Melupakan azan dalam keadaan bersendirian di alam nyata. Azan masih berkumandangan tetapi ia telah disepikan oleh manusia yang semakin kosong jiwanya.
Sebab itulah hanya tersaut oleh si Tiong yang bergelandangan dan si Pipit yang terbang rendah di permatangan desa sana. Di sini semua telah berubah. Di mana lagi? Mengalahkan aku, bisik hatinya. Masakan perkara sebegini mudah, boleh menjadi ribut senja yang berpanjangan. Adakah ia orang terasing? Alasannya, adakah ia sudah terlalu tua untuk membelai Fahmi. Dipujuknya bersungguh-sungguh buat berkali-kali semahu-mahunya sehingga akhirnya menantunya dan anaknya menganggukkan kepala dengan kerelaan melepaskan anaknya menurutinya, menyahut lembaran azan dihuung sana. Alhamdulillah.

 

Semalam? Fahmi, petang nanti ikut atuk, kita ke tempat di mana azan dilaungkan. Kita sambut ia ... kita dakap ia, di rumahnya, di masjid. Dengan muka berseri dan bersungguh sekali ia menghulurkan tangannya untuk disambut Fahmi. Dalam kesyahduan waktu begitu, dirasakan kekosongan dan kemarau semalam akan digenangi limpahan air suci kemurniaan jiwa esoknya. Dan katanya, Fahmi tak usah khuatir. Atuk ada dan Atuk dah cakapkan dengan ayah dan ibu. Mereka mengizinkan.
Senja itu terbukalah minda hati cucunya. Bercahaya di lihat cucunya apabila mula kali pertama mengikutinya ke tempat yang selalu didengarkan tetapi baru kali itu berpeluang menjejakinya sendiri. Rupanya kesayupan azan keheningan senja dan kemerahan meganya membawa seribu erti bagi mereka yang hendak memikirkannya. Begitu rupanya orang berazan. Sayunya... indahnya. Di lihat orang beramai-ramai ke rumah Allah, memakmurkan dan memeriahkan suasana, segembira si Tiong yang menerima kehadiran malam., ia belajar menerimanya dengan menyambut azan, bersolat dan beriktikaf di masjid bersama-sama... bergembira. Tenang sekali. Berbeza dengan keserabutan yang ia alami selama ini. Allahuakbar... Assalamualaikum... disudahi, didengari bersumbat antara iman, datuknya dan kawan-kawannya yang lain. Riuh sekali... riang sekali sangat damai. Sayunya azan rupanya terselit ketenteraman, kesucian dan kekuatan untuk seorang anak kecil seperti Fahmi menuju rasa bertuhan.

Hasil Karya

Nama: Har
Smpp:
Penjara Miri, Sarawak