| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sajak

1. Bagai Ombak

Bagai ombak yang menghempas pantai
terpukul terus menerjah kalbu
seakan menjejak menertawakan ku
kini kurasa penyesalan lalu
menanam terus pada diriku

dihimpit tembok tebal di bilik sunyi
sebegitulah gema suara
kembali selepas teriak
jerit batinku
memantul terus menginsafkan ku

liku-liku silam
menjadi titik-titik hitam
dengan watak yang aku lakonkan
hawa nafsu kuturutkan
yang membawa jiwa remaja
kini ku terlontar jauh mencari jawab
jalan pulang kembali

pagar besi dan kawat dawai
bergulung di atasnya
menjadi saksi
inilah janji yang pasti
tangan kutadahkan
pada-Mu Allah kasihku satu
takkan kembali ke tempat ini lagi.

SMPP :
Khairul Imbran Bin Hassan (1074)
Sekolah Henry Gurney,Keningau

 

2. Bayangan Sesalan

Dari bilahan jeriji besi
termangu raut wajah penuh sesal
menginsafi hari semalam
di jendela khayalnya ini
menggapai wajah-wajah luka
yang mengimbau suara sayu
menagih amanah diri
lalu
nikmat di dunia ini
kia pudar dititis kengerian situasi
yang diganggu jerit keseksaan
hamba-hamba pemuja dadah
namun paling malang adalah
kepulangan diri ini
di Subuh hening
tidak dibekali amal peribadi
buat renungan kekasih abadi
apa yang lebih bahagia dari meminta
dari-Mu
untuk seberkas harapan
di tengah hidup yang resah
kewujudan diri
terasa rapuh dan lemah
tika dihantui kesepian malam
terasa sementara dan bohong
tika digenangi keriangan siang.

SMPP:
Haris Mustari (1076)
Sekolah Henry Gurney,Keningau

 

3. Bilik Akhir

Di mana kedamaian selama ini
mengapa derita sengsara begini
terlanjur arah jalan yang kupilih
di bilik akhir kini kusendiri

gelap gelita di sekelilingku
menunggu hari tak siapa yang tahu
terketar-ketar aku menunggu
semoga ada sinar untukku

o Tuhan.....kuberserah pada-Mu
tiada lagi tempat untukku
hanya pada-Mu aku berserah
hidupku dan matiku

tak mampu tersenyum
tak dayaku menangis
waktu hukuman telah dijatuhkan
bertemankan sedih
bertemankan pedih
o Tuhan
lindungilah
aku.

SMPP: 52-11-00130
Penjara: Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Negeri Sembilan

 

4. Cenderawasih

Cenderawasih burung kayangan,
tuanku puteri kilau keemasan,
anjungmu beralaskan bintang bergemerlapan,
tidur hamba beralaskan ranting hutan.

tak hamba terkelindan,
sayap dipatahkan,
tak hamba terkilan,
hati hamba dilukakan.

hamba akur dengan suratan,
hamba akur kehendak Tuhan,
hamba akur berketurunan bermandi hinaan.

cenderawasih burung kayangan,
tuanku puteri kilau keemasan,
kaupinta didodoikan.....mimpikan hujan,
kumampu rintikkan senandung kedukaan.

aduhai .....cenderawasih pinta