| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Cerpen: Ruang Hidupku

Dingin. Kaki tanganku terasa dingin. Barangkali udara di bawah paras beku. Terasa darah ku membeku. Tidak bergerak. Tanganku masih memegang sebuah buku yang tebal, di muka surat halaman, depannya jelas tertulis ?Al- KITAB?, di lakar dalam bahasa malaysia, lengkap dengan tanda baca. Aku tunduk pilu bertandang lagi, menokok pilu yang ada. Ku serahkan seluruh nurani ku kepada tuhan.

Aku tidak membantah apabila di suruh beralih sedikit demi sedikit, semakin jauh dari jenazah emak. Mulanya akulah yang paling kanan. Begitu dekat..Begitu nekad. Tetapi siapalah aku untuk berada sedekat itu? Aku bukan manusia penting. Orang tidak memerlukan ku sama sekali. Ruang tadinya kosong, kini sudah dipenuhi oleh sekian ramai tamu. Yang datang dari dekat, dari jauh, sama ada jiran-jiran ataupun saudara mara. Adik beradik emak juga ada yang sudah tiba. Anak-anak emak semuanya sudah ada, iaitu kakak dan abangku. Antara mereka siapalah yang sudi menghiraukanku ! sedang aku pun cuba mengawal diri, tetap menjadi diriku sendiri, bukan bergantung kepada emosi.

Sesekali ku cuba memerhatikan manusia di sekeliling, ramai juga, berhimpit-himpit mungkin di sebabkan halaman rumah kami yang tidak terlalu besar dan di luar gerimis halus sudah lebat berjatuhan. Ada juga mata yang melirik kepadaku. Entah simpati.. entah menghina. Entah menambah luka di hati ini. Ah, apalah ada pada pemuda cacat, cuma menambah sakit mata memandang.. segaris rintihan menjalar dalam diriku. Biarlah suara rintihan ini hanya bergema di dalam, agar tidak kujadikan umpan untuk memancing belas kasihan orang. Tangan ku, sesekali meraba-raba hujung kaki kiri ku. Kaki yang pincang, tidak normal, bengkak sedikit dan tidak begitu kuat. Kalaulah aku berdiri, bahu kiriku kelihatan sedikit rendah. Kalaulah aku berjalan, melangkah kaki, jelas benarlah kepayahanku. Terhenjut-henjut dan sakit.

Sejak dulu, aku telah membiasakan diri berpaut pada dinding rumah atau apa-apa yang boleh mengurangkan kepayahanku. Memang kedaan tubuhku tidak stabil, di tambah pula aku sering mengalami demam panas, yang kerap dan berulang-ulang. Dan itulah berbelas tahun yang ku lalui sendirian. Pernah sekali, aku jatuh dan tidak sedarkan diri. Selepas itu, tangan kiriku pula lemah dan kebas. Kecacatan dan kekurangan itu mencampakkan diriku ke dalam keterasingan yang senyap dan gelap. Tidak ada cahaya. Tidak ada jalan keluar. Malah bertambah sunyi sejak bapa meninggal. Bapa, orang yang satu-satunya begitu rapat denganku. Begitu dekat denganku. Tetapi bapa sudah jauh dan tak kan lagi mengutip air mataku. Tak kan lagi berkongsi deritaku. Tak kan lagi menemani sendirianku.

Hanya bapa yang ada simpati itu. Kasih sayang. Perhatian itu dan segala-galanya. Hilang tongkat..hilang cermin..hilang payung yang selalu melindungi ku daripada panas dan hujan. Hilang kamar-kamar tempatku melepaskan mimpi. Aku terapung-apung kerana emak tidak mesra kepadaku. Semua kakak dan abangku tidak mesra kepadaku, tidak kasih kepadaku, tidak peduli siapa aku. Apabila bapa tiada, maka tiadalah sesiapa yang ambil berat tentang diriku. Emak tetap jauh. Kakak dan abang juga tetap jauh. Dan aku semakin jauh? Emak pernah meninggalkan aku sendirian di rumah, berhari-hari lamanya. Aku tidak tahu emak ke mana sebab tidak ada pesan, tidak ada ingatan untukku. Mungkin emak menziarahi ke rumah kakak

Aku sendiri terkatung-katung sepi. Aku jaga rumah , jaga ayam itik. Pengalaman membantu bapa mengutip kelapa sawit yang gugur memberiku kekuatan dan semangat untuk terus berani agar hidup tidak terus terbiar dalam kesedihan. Malah itu membuktikan aku mampu juga berbakti kepada emak. Apabila buah kelapa sawit sudah masak, aku memetiknya. Aku minta tolong Pak Musa panggilkan Sudin. Emak memang jual kelapa sawit kepada Sudin. Wangnya ku simpan. Apabila emak balik kuserahkan semunya. ?Anak tak guna! Nyusahkan aku aje !?Emak pernah merungut begitu di depanku, apabila Pak Musa menegurnya kerana membiarkanku sendirian begitu lama. Aku tidak mahu simpan semua sumpahan dan caci maki itu. Biarlah ! Biarlah ia berlalu seperti air mengalir. Biarlah ia berlalu seperti angin bertiup, biarlah ia berlalu menjadi kenangan. ?Jangan nak jadi bos dalam rumah ini! Kalau nak makan buat kerjalah!? tengking emak. Suaranya garau dan meninggi.

Aku masih terbongkok-bongkok di bilik air mencuci tandas. Waktu itu keluarga abang yang sulung balik kampung, riuh rendah rumah dengan jerit pekik anak-anaknya. Aku mesti kumpulkan kayu di dapur. Semua mata memandangku jijik setiap kali emak menengkingku. Malah abang juga semacam emak, bersikap kasar kepadaku dan itu mempengaruhi semua anak-anaknya. Mereka akan mengejek-ngejek dan mentertawakaku sepuas-puas hati. Demi tuhan, tidak pernah di buat sehina itu semasa bapa masih hidup. Apabila emak mula sakit-sakit, kemudian tidak berdaya untuk bergerak dan hanya baring di atas tikar bemban yang buruk. Ku jaga siang malam. Aku sentiasa disisnya. Aku betul-betul mengabdikan diri kepada emak. Aku basuh berak dan kencing emak. Aku bersihkan badan emak, lap dengan air suam, sekali sehari, kutukarkan pakaian emak. Kusuapkan bubur ke mulutnya. Tubuh emak sudah susut sekali. Emak tidak berdaya.

Lesu, lemah, layu. Matanya semakin jauh ke dalam, tidak berdaya. Bibirnya kering dan suaranya lemah dan sayu. Apabila Pak Musa beritahu abang dan kakakku. Mereka Cuma balik sehari dan selepas itu tinggalkan kami berdua di rumah. Tinggalkan aku menjaga emak yang sedang tenat. Masing-masing berasalan tidak mampu menjaga emak. Sibuk dengan kerja. Tidak boleh tinggalkan suami lama-lama dan abang tidak boleh tinggalkan isteri lama-lama. ?Kalau aku tua besok, aku ikut anak-anakku?.

Dia orang boleh jaga aku. Kau boleh tunggu rumah ini. Pandai-pandailah nak hidup!?Emak pernah mengeluarkan kata-kata itu kepadaku. Belum lama dulu. Hanya bebera bulan selepas bapa meninggal. Aku benar-benar rasa terasing. Aku dan emak tinggal di bawah satu bumbung tetapi dunia kami sendiri-sendiri. Aku simpan jauh-jauh semua kebencian emak kepadaku. Ku depani juga emak. Emak menangis. Menjerit-jerit dan merintih atas katil. Saban malam, hampir tiada lansung ketenangan dan keindahan mimpi. Kadang-kadang emak meronta-ronta dalam dinihari yang sejuk dan sunyi. Tangan emakku pegang kuat. Puas ku pujuk-pujuk biar emak tenang dan ingat tuhan. Emak diam sekejap, kemudian meronta dan menjerit lagi. Emak panggil bapa. Apabila suatu pagi, emak payah hendak bernafas, Pak Musa dan isterinya sudah menunggu di sisi, sehinggalah segalanya berakhir bagi emak, aku tetap mengasihinya.

Kesedihan hatiku tidak mampu ku lindungi lagi. Sayu tambah mengusikku kerana anak-anak emak yang lain, sekadar sembang-sembang di dapur. Lansung tidak menunjukkan rasa hormat kepada jenazah emak. Bukankah bapa selalu menegur dan menunjuk ajar yang terbaik sebagai manusia. Anak mesti hormatkan ibu bapa walaupun orang tuanya bersikap buruk. Kata bapa lagi, anak boleh menuruti apa sahaja kehendak orang tua selagi bukan kepada perkara maksiat. Lupakah abang dan kakak pesan bapa?. Sudah hilangkah penat lelah bapa mengajar?. Para jiran sudah beransur pulang. Saudara mara pun sudah pulang. Kulihat abang dan abang iparku sedang rancak berbual pasal bisnes dan kereta baru. Aku terasa letih dan mengantuk. Aku terus berjalan menuju bilik tidurku dan merebahkan diri di kamar sepiku. Tersentak seketika apabila ku dengar di bilik sebelah, maksudku, di bilik arwah bapa dan emak, suara abang dan kakakku berbicara. Apabila ku dengar betul-betul apa yang dibualkan? rupa-rupanya pasal geran tanah! Bunyi almari di buka dan di selongkor. Beg-beg di buka. Dan tidak lama kemudian bunyi orang berebutkan sesuatu dan tolak menolak antara satu sama lain.

Ya Tuhan! kenapa ini semua berlaku di hadapan mataku, di dalam hidupku. Siapakah berhak ke atas semua ini. Dan bilakah semua ini akan berakhir. Tiada siapa yang tahu apa kesudahan ini semua.


Pendek
Penjara Miri, Sarawak