| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ketiga : Pertandingan Menulis Cerpen Sempena Bulan Antidadah Kebangsaan 2021, Peringkat Jabatan Penjara Malaysia

TEMPAT KE TIGA
NAMA: MARIAM BINTI MOHD SAMAT
NO SMPP: 11-09-00077
INSTITUSI PENJARA: PUSAT PEMULIHAN AKHLAK(WANITA) BATU GAJAH
TAJUK CERPEN: JERITAN BATIN KU

Ingin aku coretkan bingkisan ini untuk tatapan semua,semoga menjadi pengalaman dan pengajaran.Kisah ini berlaku ke atas diri ku sendiri untuk aku kongsi bersama buat tatapan pembaca.Aku di besarkan di sautu daerah terpincil di Pontian,Johor.Tamat SPM aku tinggal di rumah sambal menunggu keputusan.Petang itu ibu memanggil aku"Ayu"Ayu"Ayu",aku menjawab "ya ibu" lalu aku duduk di depan ibu untuk mendengar apa yang ibu sampaikan.Ibu menyatakan hasrat hatinya untuk mengakhiri zaman bujang ku dengan pilihanya.Ibu bertanya "adakah aku bersetuju?",jikalau aku setuju dalam masa sebulan majlis pernikahan akan di adakan di rumah kami.Aku Cuma menjawab kalua itu semua boleh bahagiakan hati ibu aku merelakan walaupun tidak mengenali bakal suamiku itu.


Aku mempunyai kekasih hati yang bernama Udin(bukan nama sebenar).Fikiran aku bercelaru bagaimana untuk menyatakan kepada kekasihku yang aku akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.Lalu aku keluar untuk bertemu dengan kekasihku.Setibanya aku di tempat yang dijanjikan oleh kekasihku,dia telah menunggu aku.Kekasihku bertanya"apakah perkara yang ingin aku katakana?",aku Cuma berdiam diri dan memandangnya.Dengan hati yang sedih aku suarakan juga apa yang terpendam di dalam hatiku.Aku minta maaf kepada dia,jikalau perkara yang aku katakana boleh mengguris hatinya.kekasihku berkata"mungkin tiada jodoh antara kita"lalu memandangku dengan hati yang sebak.Tak sanggup aku melihatnya pada ketika itu,lalu aku berlalu meninggalkan tanpa sepatah kata,aku terus pulang ke rumah.


Hari yang ditunggu hamper tiba,lagi seminggu aku akan bergelar isteri.Pada pagi itu ibu menyatakan yang bakal suamiku akan dating petang nanti.Namun aku Cuma mendiamkan diri sahaja.Untuk tatapan pembaca aku perkenalkan bakal suamiku bernama Haziq(bukan nama sebenar).Ibu memanggilku untuk aku berbual-bual dengannya.Aku terus menuju ke depan rumah untuk bertemu dengan bakal suamiku.Haziq Cuma memandangku dengan satu senyuman.Tidak banyak perkara yang kami bualkan Cuma perkara yang penting sahaja mengenai hari bersejarah kami.


Hari yang ditunggu telah tiba!,ramai ahli keluarga,sanak saudara serta rakan-rakan yang hadir.Aku melihat majlis meriah sekali.Aku Cuma mampu tersenyum walaupun hakikatnya Cuma aku sahaja yang tahu apa yang terkandung di dalam benak hatiku.Kedatangan kekasih lama di majlis persandingan kami memberi seribu ingatan bersejarah bagiku apabila mata kami bertentangan,mataku mula mengalir air jernih,aku menahan sebak.Tiada kata-kata yang mampu aku lafazkan selain dia"selamat pengantin baru semoga berbahagia"aku menitiskan air mata dengan lajunya.Selesai sudah majlis kami.


Di awal perkahwinan aku berasa cukup bahagia,aku dan suamiku menyewa rumah di sekitar Pontian,Johor,berdekatan dengan tempat kerja suamiku.Suamiku bekerja sebagai penjual kereta(saleman).Aku hanya surirumah sepenuh masa.Walaupun tanggungjawab itu terlalu berat,aku cuba lakukan yang terbaiksupaya aku boleh jadi isteri yang terbaik untuk suamiku.Aku akan cuba memiliki kasih sayangnya.3 bulan kemudian aku selalu muntah-muntah"aku hamil".Berita kehamilanku telah aku suarakan kepada suamiku.Suamiku hanya tersenyum apabila tahu aku mengandungkan anaknya.Kasih saying yang ditunjukan begitu"buat hati ya Allah terima kasih atas segala yang kau berikan kepada ku".Saat menunggu kelahiran hamper tiba,suamiku sentiasa ada di sisi.Aku dimasukkan ke Wad Bersalin Hospital Pointian,Johor.1 jam aku bertarung nyawa,akhirnya aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.Terpancar kebahagian di wajah kami berdua apabila sudah bergelar "Papa dan Mama".


Sudah 2 hari aku di hospital, aku dibenarkan keluar,aku berpantang di rumah sendiri sahaja kerana tidak mahu menyusahkan kedua-dua belah pihak aku mahupun suamiku.Biarlah aku berdikari sendiri bersama suami.Kadangkala ibu,ayah dan bapa dan ibu mentua ada dating menjengukku walaupun tidak bermalam di rumahku.Sehingga habis berpantang semuanya diuruskan oleh suamiku sendiri.


Sudah 1 tahun aku mendirikan rumahtangga,namun kebahagiaan kami mula berkurang.Aku dapat rasakan perubahan suamiku yang kerap balik lambat dan sering marah-marah kepadaku.Aku Cuma mampu mengalirkan air mata di saat itu.Suamiku sudah mengabaikan tanggungjawabnya.Suatu hari suamiku memangil"Ayu mari ke sini",aku terus duduk dihadapan lalu merenung wajahnya.Dengan hati yang sebak aku mendengar segala hasratnya yang ingin mendirikan rumahtangga dengan insan lain.Suamiku bertanya"adakah aku merestuinya?",aku Cuma menjawab"kalau itu yang boleh bahagiakan hati abang,Ayu relakan".Namun hakikatnya hati aku terluka,Allah sahaja yang tahu.Aku meminta suamiku untuk bertemu dengan perempuan yang bertahta di hati suamiku.Suamiku mengizinkan aku bertemu dengannya.


Keesokan harinya,aku bertemu dengan lisa(bukan nama sebenar).Aku terus bertanya kepadanya"Lisa sudah bersedia ke untuk berkongsi kasih?",lalu Lisa menjawab"dia tidak sanggup",malah menyuruh suamiku membuat pilihan antara aku dan dirinya.Suamiku hanya mendiamkan diri apabila Lisa berbuat demikian.Dengan hati yang berat,suamiku memilih Lisa.Walaupun sedih dengan keputusan suamiku,aku merelakannya"mungkin sudah suratan perjalanan hidupku begini".Kini aku bergelar janda.Aku membawa diri pulang ke kampong halamanku.Anak kami,aku serahkan kepada bekas suamiku.Ibu dan ayah tak mampu berkata apa-apa hanya mampu memandangku dengan hati yang kecewa di atas apa yang berlaku,Dikampung aku bekerja di supermarket yang terletak di Kukup,Pontian.


Pada suatu hari dengan tak di sangka-sangka aku telah bertemu dengan kekasihku yang dulu,apabila melihatku di memanggilku "Ayu,Ayu,Ayu",aku memandangnya dengan satu senyuman.Aku dan Udin menjalinkan hubungan kami semula.Suatu hari aku bertanya kepada Udin"apa kerja abang sekarang?",Udin Cuma berkata"kerja sendiri sahaja",sehinggalah akhirnya Udin berterus terang yang dia pengedar dadah.


Bermula saat itu aku selalu mengikutnya menghantar bekalan dadah sekitar Pontian.Terlalu gembira aku rasakan hidup dalam kemewahan,segala-galanya ada.Pada suatu hari aku mulabelajar menghisap rokok dan mengambil syabu.Aku membuat pilihan untuk tinggal bersamnya tanpa pengetahuan keluargaku.seminggu sekali aku akan menjenguk anakku di bawah jagaan bekas suamiku.Aku terlalu leka dengan hidupku yang penuh kemaksiatan.Suatu hari aku menyatakan hasrat kepada kekasihku,"sampai bila kita harus bergini?"kekasihku Cuma berkata"sampai kita punya segala-galanya",aku ikutkan hasrat kekasihku.


Petang yang mendung itu aku bersama kekasih di dalam rumah.Aku mendengar ada ketukan diluar lalu aku membukanya tanpa ada was-was dan syak wasngka,rupa-rupanya anggota polis.Aku dan kekasihku di bawa ke balai polis kerana memiliki dadah,di balai polis aku disoal siasat oleh anggota yang mengambil kesku.Polis menjumpai dadah yang terlalu banyak di rumah sewa kami yang anggarannya 1 kilo gram.Kami disabitkan bawah seksyen 39B(ADB).Bemulalah perjalanan hidupku di reman Penjara Simpang Renggam,Kluang.


Disebalik tempok penjara itu,aku temenung seketika,aku terkejut apabila namaku di panggil berkali-kali,"ayu,ayu,ayu",seorang warden penjara menghampiriku lalu berkata"ada orang ingin melawatku".Sesampainya aku di tempat perjumpaan hanya air mata mampu keluarkan apabila aku terpandang ibu,ayah,anak serta bekas suamiku dating melawatku.Betapa mereka menyayangi diriku walaupun banyak kesilapan yang telah aku lakukan.aku mencapai telefon untuk berbual-bual dengan mereka.Aku memohon maaf di atas segala kesilapan yang telah aku lakukan."mungkin ada hikmah disebaliknya".


Selesai perjumpaan aku balik semula ke dalam sel.Semasa aku berada di penjara banyak yang telah aku pelajari.Dari aku tidak tahu sembayangdan mengaji,akhirnya aku tahu sedikit sebanyak tentang amalan sembayang dan mengaji.Aku akan tanamkan dalam diriku yang aku mampu lakukan mungkin ini adalah Ujian darinya untuk aku.Aku mula belajar dari kesilapan masa lau untuk aku bangkit semula.Ramai kawan-kawan di sini memberi semangat kepadaku mungkin kerana mereka senasib denganku."ya Allah!berikanlah aku kekuatan menempuhi segalanya".


Tiba masanya untuk aku ke mahkamah,sampai di mahkamah semua ahli keluarga telah hadir mendengar perbicaraanku.Aku dan kekasihku dijatuhkan hukuman 7 tahun,diatas kesalahan kami.Aku mula berbicara sendiri,"menyesal memang tiada kesudahnya,kadang-kadang yang semakin jauh dengan kita adalah masa lalu,tetapi yang semakin dekat dengan kita adlah kematian".

Aku menyesal dengan perbuatanku.Disini ingin aku sampaikan bertapa alpanya aku mengejar segalanya hingga kita terlupa kepadanya.Coretan ini juga aku kongsi untuk dijadikan tauladan di masa akan datang."Tidak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita".Aku berharap pembaca di luar sana,jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran.Kepada semua yang membaca,"berfikir dahulu sebelum bertindak,jangan jadi macm aku terburu0buru membuat keputusan sehingga memakan diri sendiri".Harapan ku mungkin ada sinar bahagia untukku lagi apabila aku bebas nanti."Ya Allah!,redhakan la segala perjalanan hidup aku disini".Sampai di sini sahaja,"semoga aku tabah lalui semuanya",harapan aku pembaca diluar sana"tabah menempuh segala dugaan yang mendatang walaupun apa yang berlaku,kerana hidup mesti diteruskan",salam buat semua.sekian.