| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Projek Henry : Kejohanan Pelapis Kebangsaan Sukan Muay Thai 2019

'Projek Henry' merupakan Program Pembangunan Sukan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) dan Sekolah Henry Gurney (SHG), Telok Mas, Melaka. Objektif program ialah untuk mencungkil bakat para penghuni dalam bidang sukan dan memberi peluang kepada mereka mewakili Negeri Melaka dalam usaha mewujudkan peluang kerjaya setelah dibebaskan kelak.
Enam (6) kategori sukan dipertandingkan iaitu tinju, muay thai, lawn bowls, petanque, angkat berat dan olahraga.
Program ini telah dilancarkan pada 31 Oktober 2017 oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) di SHG.
Pada 4-6 Oktober 2019 bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor, penghuni yang terpilih telah menyertai Kejohanan Pelapis Kebangsaan Sukan Muay Thai 2019 dan memperoleh satu (1) pingat emas, tiga (3) pingat perak dan dua (2) pingat gangsa.