| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penceramah TC di AADK Persada Sg. Besi

Syed Nor Saefuddin b. Syed IsmailTelah Berusia 44 tahun, Di Lahirkan di Pahang dan telah mendirikan rumah tangga. Hasil perkhawinan beliau dengan Halimah bte Musa mereka telah dikurniakan dua orang anak. Isteri beliau merupakan seorang penjawat awam yang kini bertugas di Pejabat Persatuan Tentera Malaysia sebagai kerani kewangan. Bagi memudahkan tugas sebagai penceramah motivasi dan TC, pihak PERSADA Sg. Besi telah menyediakan tempat tinggal yang berhampiran di alamat 18C Blok 8 PERSADA, Sg. Besi, Batu 7, Jln Sg. Besi, 57100 Kuala Lumpur. Beliau seorang yang sangat komited tengan tugas yang diberikan walaupun mencabar sebagai penceramah yang bertanggung jawab memulihkan rakan senasib yang terlibat dengan penagihan dan pengedaran dadah secara rawatan teraputik. Justeru, hasil kejayaan beliau memulihkan penagihan dadah penagih beliau telah dipilih untuk dianugerahkan sijil anugerah khas dari Menteri Dalam Negeri sempena sambutan hari penjara 2008 di Penjara Marang. Hasil daripada kesalahan lampau di bawah seksyen 12(3) Akta 59B dan tempat terakhir dibebaskan dari Institusi Pemulihan Jelebu telah banyak membantu dan memberi kesan kesedaran serta keinsafan ke atas diri beliau sendiri. Banyak pengetahuan dan pengalaman di pelajari dari program theraputic Community (TC) di Institusi tersebut. Setelah dibebaskan, keinsafan dan kesedaran diri telah membuahkan hasil kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai. Antara kejayaan tersebut telah diterjemahkan buat pada masa sekarang sebagai buktinya, beliau sendiri turut menjadi seorang pembimbing rakan sebaya lebih 8 tahun di AADK Persada Sg. Besi, Kuala Lumpur. Selain berkhidmat sebagai Pembimbing, beliau juga terlibat sebagai pekerja sosial yang berjaya membantu banyak rakannya yang masih menjalani proses pemulihan dan program outreach di AADK. Ada kalanya beliau dijemput Pegarah Parol Daerah Wilayah Persekutuan menjadi penceramah motivasi terhadap orang yang di Parolkan (ODP)..