| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Banduanita Berjaya

Untuk menilai kejayaan individu adalah amat sukar sekali, namun demikian pemerhatian secara rambang dapat memberi gambaran bahawa ianya telah berjaya. Di antaranya adalah terdiri daripada bekas banduanita yang dikatakan berjaya ialah Puan Aini bt. Marzuki yang pernah menjalani hukuman di Penjara Wanita Kajang selama lebih kurang 5 tahun. Semasa menjalani hukuman, beliau telah diberi bimbingan dan kemahiran dalam bidang memotong dan menjahit. Sebaik sahaja beliau dibebaskan dengan berbekalkan bantuan modal dari DPAS ( Badan Bantuan Bekas Orang Banduan Bebas) beliau telah berjaya membuka sebuah kedai jahit bersama seorang lagi bekas banduanita Rohana bt Abdul Hakim. Kedai jahit yang dikenali sebagai 'NORANIRA KOLEKSI' terletak di pusat bandar Kajang dengan kadar sewaan sebanyak RM 700.00 sebulan. Sementara itu pengawasan dan bimbingan nasihat telah dijalankan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat yang bertugas di Penjara Pusat Selangor dan Penjara Wanita Kajang yang membuat lawatan secara rasmi dan tidak rasmi sekurang-kurangnya sekali bagi setiap bulan. Dari pemerhatian Pegawai Kebajikan Masyarakat beliau berupaya menyesuaikan diri dengan masyarakat dan berjaya mendapat langganan produk dari orang ramai. Menurut Pegawai Kebajikan Masyarakat buat masa ini hanya beliau seorang sahaja yang menguruskan kedai jahit tersebut, kerana rakan kongsi niaganya telah balik ke kampong setelah mendirikan rumah tangga. Selain dari menerima tempahan menjahit pakaian, beliau juga telah mengembangkan bidang niaganya dengan membuka kelas jahitan yang mana beliau sendiri merupakan tenaga pengajar. Terdapat kira-kira 15 orang peserta yang sedang mengikuti kursus tersebut dengan dikenakan bayaran sebanyak RM 30.00 sebulan bagi setiap orang. Setakat ini beliau telah pun berjaya.