| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Dari Penghuni Penjara menjadi Pemilik Kedai Emas

Hj. Ibrahim bin Hj. Yusoff merupakan bekas banduan yang berasal dari Kuala Besar, Kota Bharu dan telah berusia 76 tahun. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun kerana kesalahan membunuh tanpa sengaja. Sebelum dipenjara beliau bekerja sebagai tukang emas bagi menyara kehidupan keluarga yang terdiri dari seorang isteri dan dua orang anak. Semasa didalam penjara beliau bekerja di bengkel pertukangan khas di bawah tunjuk ajar allahyarham cikgu Mat. Setelah di bebaskan dari penjara hampir dua tahun lamanya beliau tidak membuat sebarang pekerjaan. Bagi menampung kehidupan keluarga beliau terpaksa bergantung harap daripada kaum keluarga yang berhampiran. Selepas sekian lama beliau berkeadaan sedemikian baru beliau ditawarkan pekerjaan sebagai tukang emas oleh Hj. Mohammad Yusoff iaitu pemilik kedai emas di Bandar Kota Bharu dengan gaji sebanyak RM 300.00 sebulan dan tempat tinggal juga disediakan. Walaubagaimanapun beliau menolak tawaran tersebut. Setelah mempunyai sedikit modal hasil pekerjaan sebagai nelayan di Pulau Perhentian Terangganu, Beliau mula berjinak dengan perniagaan kelapa kering, sotong kering, telur penyu dan buah-buahan. Beberapa tahun kemudian beliau bertukar corak perniagaan kepada perniagaan emas secara kecil-kecilan pula. Melalui pengalaman jualan emas beliau berjaya meningkatkan kemajuan perniagaan dan ditawarkan oleh taukeh emas bekerja sebagai tukang emas dengan bayaran gaji sebanyak RM 5000.00 sebulan. Melihat kebolehan dan kesungguhan beliau telah ditawarkan pinjaman oleh Hj. Yusoff taukeh kedai emas sebanyak RM 17000.00 sebagai modal tambahan. Akhirnya berkat usaha dan kegigihan bekerja beliau telah berjaya membeli sebuah rumah yang bernilai RM 55000.00 di Taman Mesra Pengkalan Chepa, Kelantan. Setelah 20 tahun berusaha akhirnya beliau berjaya memiliki sebuah kedai emas di Bandar Kota Bharu disamping menjalani urusan harian beliau sambil dibantu oleh lima orang pekerja. Walaupun dalam usia yang telah pun menjangkau tua, namun beliau bercita-cita untuk membesarkan lagi perniagaannya. Untuk merealisasikan hasrat dan cita-citanya setiap keuntungan yang diperolehi dilaburkan sebagai modal tambahan.