| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pemilik Kedai Batik

Ismail bin Hassan merupakan bekas banduan Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan yang dikenakan hukuman 5 tahun penjara kerana kesalahan memiliki senjata api. Semasa didalam penjara beliau bekerja di bengkel ?Hobby Class? dalam bidang kerja tangan ketuk tembaga. Semasa dibebaskan dari penjara pada 12 Disember 1977 beliau berusia 27 tahun dengan bermodalkan sebanyak RM 300.00 iaitu hasil dari simpanan semasa bekerja dalam penjara, beliau memulakan kerja ketuk tembaga secara kecil-kecilan bertempat dirumahnya sendiri di Kg. Badang Kota Bharu pada awal tahun 80 an. Pada peringkat awalnya belaiu menjalankan kerja secara bersendirian mengikut tempahan dari pelanggan yang dating kerumahnya. Setelah menjalankan kerja selama 2 tahun beliau bertambah yakin dengan usahanya berikutan sambutan ramai pelanggan. Justeru itu beliau mengambil 5 orang pekerja dan beliau sendiri menjadi pegawai pemasaran. Disamping kejayaan yang baru sahaja dicapai dan dikecapi namun nasib tidak menyebelahi beliau. Beliau mengalami kerugian besar sejumlah RM 60000.00 akibat penyelewengan pelanggan yang tidak membuat bayaran setelah mengambil barang tempahan. Walaupun beliau mengalami kerugian namun kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat dan cita-citanya. Dengan tekad dan azam beliau membuat pinjaman sebanyak RM 30000.00 dari seorang rakan buat modal permulaan perusahaan membuat batik. Hasil usaha gigih yang tidak mengenal penat lelah akhirnya membuahkan hasil kejayaan dengan memiliki tiga ruang kedai kain batik di Pasar lama, Kota Bharu yang dikendali oleh isteri dan dibantu tiga orang pekerja, manakala beliau mengurus bengkel batik yang terletak berhampiran rumahnya di Kg. Badang. Kebanyakan kain batik keluaran bengkel diedarkan ke Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Selain mengurus bengkel batik beliau turut dijemput pihak KEMAS sebagai tenaga pengajar batik dengan elaun bulanan sebanyak RM 400.00 sebulan. Kejayaan beliau selama ini adalah hasil usaha berterusan dengan keazaman dan usaha gigih tanpa jemu akhir kata walaupun pembuatan batik ini banyak saingan namun beliau tetap mengekalkan kedudukanya malah berhasrat meluaskan lagi skop perniagaan.