| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penceramah Motivasi Belia

Taiping, 11 Ogos 2008- Perbincangan ringkas melalui perbualan telefon diantara Pegawai Pembangunan Masyarakat En. Mohd Yusoff b. Mohd Amin dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bahagian Pemulihan & Rawatan, Unit Kebajikan dengan En. Salleh b. Talib, 57 tahun baru setahun telah selesai menjalani hukuman dipenjara. Salleh Talib atau lebih dikenali dengan panggilan nama ? Pak Leh? yang kini menetap di Dusun Madinah, Batu 7, Changkat Jering, Perak adalah bekas tahanan banduan yang paling lama dipenjarakan dalam sejarah perundangan Negara iaitu selama 31 tahun. Pak Leh dengan tabah menjalani hukuman yang telah ditetapkan akibat kesalahan lampau di Penjara Taiping dan juga Penjara Sungai Buluh. Akibat desakan hidup untuk mengejar kesenangan dan keinginan naluri yang membuak-buak, beliau telah tersasar dalam hidupnya kerana melakukan kesalahan rompakan senjata api di Alor Setar, Kedah pada tahun 1979. Semasa di Penjara, Pak Leh mempelajari dan mengambil segala iktibar untuk mengubah haluan hidup menjadi insan yang terbaik. Dalam sesi temubual tersebut, antara perkara yang telah dibualkan antaranya ialah berita gembira bahawa beliau tidak lagi keseorangan dalam mengharungi cabaran hidup yang mendatang. Pak Leh sedia ditemani oleh seorang isteri yang baharu sahaja mendirikan mahligai rumahtangga kira-kira setahun yang lepas. Isterinya yang jauh lebih muda dari usia beliau sanggup bersusah payah mengharungi hidup bersama Pak Leh suami yang tercinta. Isterinya berasal dari Alor Gajah, Melaka. Kehadiran isterinya, telah banyak merubah hidup Pak Leh sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi keluarga dengan melakukan kerja-kerja kampung seperti berkebun. Begitu juga Pak Leh, beliau telah memperluaskan kerjayanya sebagai Penceramah Motivasi. Pak Leh bukan sahaja menerima banyak undangan ceramahnya kepada para pelajar di peringkat menengah malahan turut menerima undangan ceramah kepada para pelajar di peringkat Universiti. Selain dari itu beliau juga turut dijemput memberi ceramahnya kepada Pertubuhan Belia Batu Kurau dan Pejabat SUK negeri Perak. Ceramah yang disampaikan banyak berkisar kepada memberi kesedaran kepada anak muda tentang kesan buruk melakukan jenayah serta pengalaman yang diperolehinya sepanjang berada disebalik tirai besi. Setakat ini proses usahanya dalam kerja membuat kasut masih lagi diteruskan. Harapan beliau agar ada pihak yang sudi membantu memperluaskan kerjayanya sebagai tukang kasut iaitu dengan cara menyediakan kemudahan peralatan-peralatan pertukangan dan juga tapak tempat bekerja. Dengan pendapatan melebihi RM 1200.00 sebulan ternyata Pak Leh boleh mengubah ekonomi keluarganya. Dalam masa yang sama beliau turut dijemput menghadap Sultan Perak bagi tempahan sepasang kasut, sebaiknya kita juga patut memberi dorongan dan penghargaan kepada Pak Leh melalui tempahan kasut buatannya bagi memperbaiki taraf hidup beliau. ? Semoga masyarakat memberi dorongan dan sokongan,juga diharapkan ada pihak yang sudi memberi bantuan modal supaya perusahaan kasut dikomersialkan di peringkat Glokal.