| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Projek Henry: Kejohanan Muay Thai Terbuka Kebangsaan 2019

'Projek Henry' merupakan Program Pembangunan Sukan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) dan Sekolah Henry Gurney (SHG), Telok Mas, Melaka. Objektif program ialah untuk mencungkil bakat para penghuni dalam bidang sukan dan memberi peluang kepada mereka mewakili Negeri Melaka dalam usaha mewujudkan peluang kerjaya setelah dibebaskan kelak.
Enam (6) kategori sukan dipertandingkan iaitu tinju, muay thai, lawn bowls, petanque, angkat berat dan olahraga.
Program ini telah dilancarkan pada 31 Oktober 2017 oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) di SHG.
Pada 11-13 Oktober 2019 bertempat di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, penghuni yang terpilih telah menyertai Kejohanan Muay Thai Terbuka Kebangsaan 2019 dan membawa pulang tiga (3) pingat emas, dua (2) pingat perak dan lima (5) pingat gangsa.