| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Amanat YB. Menteri Dalam Negeri Meningkatkan Keberkesanan Program Pemulihan

Majlis Amanat YB. Menteri Dalam Negeri telah diadakan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal tahun 2011. Intipati amanat tersebut yang menyentuh berkaitan Jabatan Penjara Malaysia adalah sebagaimana berikut; 1.Sekiranya sistem hukuman, penahanan dan pemulihan berkesan, maka bagi seseorang melakukan jenayah berulang berkurangan, seterusnya ini akan mengurangkan kadar jenayah di dalam negara. Visi Jabatan Penjara Malaysia adalah untuk menjadikan sebuah institusi koreksional bertaraf dunia menjelang 2020. 2.Sasaran Jabatan Penjara adalah untuk memastikan jumlah residivis, atau banduan yang berulang kali masuk ke penjara, tidak melebihi 17% daripada jumlah kemasukan setahun. Alhamdulillah, setakat ini Jabatan Penjara Malaysia masih dapat mengekalkan kadar residivis di bawah paras 17% iaitu pada tahun 2010 pencapaiannya adalah 16.8% 3.Sebagai langkah kepada penyelesaian koreksional yang lebih holistik, beberapa pendekatan baru dan penambahbaikan telah diperkenalkan oleh Jabtan Penjara Malaysia secara proaktif. 3.1 Pertama, dengan menambah baik program pengasingan banduan dan mengasingkan mereka mengikut umur, tahap dan jenis kesalahan. 3.2 Kedua, melalui pengkategorian semula penjara. Pada tahun 2010, sebanyak 11 buah penjara terlibat dalam usaha ini dan pada tahun 2011, ia akan di perluaskan ke 17 penjara yang lain. Justeru semua warga jabatan digesa menggerakkan segala usaha dan daya upaya ke arah pelaksanaan program NKRA Jabatan bagi merealisasikan KPI yang telah ditetapkan.