| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

?Jom Berkhatan? Beramai-ramai Anak-anak Kakitangan SHG Telok Mas

Pada 4 Disember 2017 Kelab Sukan Kakitangan dan PERSIAP Sekolah Henry Gurney telah menganjurkan Program ?Jom Berkhatan? di institusi ini dengan kerjasama Pegawai Perubatan dari Hospital Besar Melaka. Program ini diadakan bertujuan menyemarakkan budaya bermasyarakat disamping menghidupkan kembali budaya berkhatan beramai-ramai disamping mengeratkan hubungan silaturahim serta mewujudkan komuniti yang saling bantu-membantu dan saling hormat-menghormati. Pengisian program dimulakan dengan perarakan (21) peserta berkhatan dengan iringan kompang dan pancaragam, persembahan silat serta berselawat. PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas dan PP Hairol Hisham Bin Mohd Harith Timbalan Pengarah turut hadir memeriahkan lagi program yang diadakan.


""