| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Y. Bhg. Komisioner Jeneral Penjara, Dato? Sri Haji Zulkifli Bin Omar Ke Penjara Taiping

Pada 04 Mei 2017 (Khamis) 9.00 pagi Penjara Taiping, Perak telah menerima lawatan kerja Y.Bhg. Komisioner Jeneral Penjara Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Lawatan kerja ini turut diiringi oleh KP Haji Nordin Haji Muhamad, Pengarah Pengurusan Banduan, TKP Ariffin Bin Abdullah, PKK Noorwati Binti Mat Isa dan Ketua-ketua institusi Negeri Perak. Rombongan disambut oleh PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping serta Pegawai Kanan Penjara Taiping. Dalam lawatan kerja tersebut, Y.Bhg Dato' Sri telah melawat Bengkel-bengkel dan blok penempatan penghuni. Lawatan selesai pada jam 11.00 pagi.


""