| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Gotong ? Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Penjara Limbang

Pada 13 Ogos 2018 (Isnin) telah diadakan Program Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Institusi Penjara Limbang, Sarawak yang dikelolakan oleh Penjara Limbang dengan kerjasama Unit Vektor dari Pejabat Kesihatan Bahagian, Limbang, Sarawak. Matlamat program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan kerajaan agar semua kakitangan bersama-sama membasmi pembiakan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan mengurangkan peningkatan kes demam denggi di seluruh negara.

Seramai 9 orang pegawai dari Pejabat Kesihatan Bahagian, Limbang telah hadir yang diketuai oleh En. Dony Bin Tahar, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Pejabat Kesihatan Bahagian, Limbang. Program dimulakan dengan taklimat ringkas Langkah-langkah Pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes oleh En. Dony Bin Tahar dengan dihadiri seramai (70) orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Penjara Limbang berserta ahli keluarga yang bermula pada jam 3.30 petang.



Turut menyertai program ini adalah Pengarah Penjara Limbang, PKP Mohd Izhar bin Haji Yahya dan Timbalan Pengarah PP Hamad Bin Seman. Agenda program kemudian diteruskan dengan aktiviti gotong- royong membersihkan seluruh kawasan Penjara iaitu kawasan Kediaman kakitangan, surau, dewan, rumah kelab dengan menumpukan kawasan yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk seperti longkang, parit-parit, tandas, pasu bunga dan lain-lain lagi.  Selain itu, pihak pejabat kesihatan Bahagian Limbang juga menjalankan aktiviti pengasapan (fogging) di sekitar kawasan Penjara. Gotong-royong tersebut telah selesai pada jam 6.30 petang.

""