| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Krismas Oleh ?Prison Fellowship Malaysia? Di Penjara Kajang

Pada 14 Disember 2018 (Jumaat), Seksyen Pemulihan Penjara Kajang (Unit Lain-Lain Agama) telah mengadakan Sambutan Perayaan Krismas dengan kerjasama Persatuan Persaudaraan Penjara Malaysia. Seramai 293 penghuni terlibat dengan sambutan ini yang diadakan di Dewan Harmoni serta dihadiri  oleh Pengerusi Persatuan Persaudaraan Penjara Malaysia (Selangor)  iaitu Stanley Gomez a/l Jusa Augustin Gomez. Turut hadir ialah PPP Rathakrishnan a/l Kanniah dan IP Tharumanraj a/l Nadaraja yang mengendalikan program berkenaan. Program ini diharap dapat memberi peluang kepada penghuni beragama kristian merasai kemeriahan perayaan disamping membentuk sahsiah dan pemikiran positif sepanjang menjalani hukuman sehingga dibebaskan nanti.


""