| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sesi Dialog Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak Bagi Bulan Januari 2018 Dan Sesi Taklimat ?Never Trust Fire? Daripada Pertubuan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur

Pada 24 Januari 2018 (Rabu), Sesi Dialog Peringkat Pejabat Pengarah Pejara Negeri Sarawak telah diadakan pada jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Sesi Dialog telah dipengerusikan oleh YDH TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan dihadiri oleh seramai 60 orang pegawai serta kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak.

Susun atur sesi dialog dimulakan dengan Taklimat yang bertajuk ?Never Trust Fire? yang telah disampaikan oleh Encik Rueben Teoh, Penceramah jemputan dari Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur. Serba sedikit mengenai pertubuhan ini adalah merupakan sebuah pertubuhan NGO yang berperanan sebagai penyalur serta berkongsi maklumat dari segi keselamatan kebakaran, punca-punca kebakaran dan lain-lain. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penjawat awam pentingnya menitik berat keselamatan dalam kediaman dan tempat kerja.



""