| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kembara ?Jom Pi Utara 2018? Anjuran Pride Bikerz Club Penjara Kajang Ke Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

Pada 07 Februari 2018 (Rabu), pihak institusi Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah menerima kunjungan dari Pride Bikerz Club Penjara Kajang bersempena Program Kembara ?Jom Pi Utara 2018?. Seramai (13) orang peserta bermotorsikal yang diketuai PPP Noor Alang Wangsa bin Muhammad Nor tiba di Perkarangan Dataran Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang kira-kira jam 11.00 pagi. YDH PKK Husin bin Haji Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang bersama Timbalan Penguasa Penjara, Pegawai Kanan dan anggota Institusi menyambut ketibaan peserta sambil  beramah mesra dan jamuan ringan buat peserta konvoi. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan sebelum pelepasan konvoi oleh Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang ke destinasi seterusnya iaitu Penjara Taiping, Perak.


""