| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Asas ?Light Strike Force? (LSF) Penjara Pusat Miri Bil.1/2018

Pada 24 Januari 2018 satu latihan asas ?Light Strike Force? LSF telah diadakan di parkir Dewan Serbaguna Penjara Pusat Miri yang melibatkan seramai (14) anggota. Latihan tersebut dikendalikan oleh PPP James Tedwien Cahan  bersama-sama dengan Koperal Bil. 13487 Yuseri bin Sazali ( jurulatih ) serta dibantu oleh Unit Latihan Institusi.

Tujuan latihan tersebut diadakan adalah untuk memberi kemahiran asas dan pendedahan berkenaan dengan ?Light Strike Force? (LSF) kepada anggota dalam menangani rusuhan di samping memenuhi kehendak dalam plan kontigensi bagi rusuhan. Semasa latihan diadakan, anggota didedahkan dengan beberapa formasi dan arahan pergerakan bagi  ?Light Strike Force? serta dilatih menggunakan peralatan yang digunakan seperti ?riot shield?, ?riot helmet? dan cota. Selain itu, anggota yang terlibat juga diberi latihan senaman perisai sebelum latihan formasi ?Light Strike Force? diadakan. Di akhir latihan, anggota terlibat didedahkan dengan simulasi rusuhan bagi memberi pendedahan serta pengalaman kepada anggota dalam menangani situasi sebenar rusuhan.


""