| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Outreach Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia ?SUCCESS STORY?

Pada 20 Januari 2018 (Sabtu), telah berlangsungnya Outreach Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Sri Mutiara, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Tetamu yang turut hadir dalam program tersebut adalah YBhg. Dato. Hj. Mohd Foad Bin Mat Isa (Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri), TKP Ibrisam Bin Abd. Rahman, Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, TKP Roslan Bin Hj. Mohamed Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, PKK Husin bin Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai. Program ?Success Story? berkisarkan pengalaman suka duka semasa menjadi Orang DiParol (ODP). Kisah kejayaan bekas ODP berubah menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan masyarakat serta berjaya membina kehidupan dan kerjaya tanpa dadah dan jenayah. Bekas-bekas ODP yang telah berjaya menamatkan perintah parol, dihargai dengan pemberian cenderahati oleh Pejabat Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang yang disampaikan oleh TKP Ibrisam Bin Abd. Rahman dan Sijil Penghargaan kepada majikan-majikan di atas sumbangan yang diberikan dalam membantu menjayakan Perintah Parol di Malaysia.


""