| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jalinan Kasih Tahun Baru Cina 2018 Penjara Dusun Dato? Murad

03 Mac 2018 (Sabtu) : Majlis Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Dusun Dato? Murad telah diadakan dengan jayanya. Program tersebut telah disempurnakan oleh TPP Shamsul Izak Bin Samli yang mewakili Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad. Turut diundang menghadiri majlis tersebut ialah tenaga pengajar Agama Buddha dan juga pihak media. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat keselamatan kepada keluarga, persembahan tarian singa, ucapan oleh TPP Shamsul Izak dan wakil penghuni, sesi kaunseling bersama tenaga pengajar Agama Buddha dan gimik Yee Sang. Majlis telah diakhiri dengan persembahan oleh penghuni, acara memotong dan menyuap kek serta sesi bergambar.


""