| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

?Kerna Syurga Ada Harganya?

26 April 2018 (Khamis) ? Bertempat di Dewan Parameswara telah berlangsung Majlis Ceramah Perdana ?Kerna Syurga Ada Harganya? anjuran bersama Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka dan Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Jabatan Agama Islam Melaka. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Haji Yaakub Bin Md. Amin- Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka yang turut dihadiri oleh KP Abdul Aziz Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka. Pengisian program telah dibahagikan kepada tiga slot ceramah yang telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hanafiah Bin Abd Malek bertajuk ?Tiada Orang Salah Yang Tiada Masa Depan?, Al-Fadhil Ustaz Amran Bollywood bertajuk ?Harga Sebuah Kehidupan? dan Ustazah Rozita Binti Abdul Hamid bertajuk ?Mengapakah Aku?? Majlis berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang telah dihadiri seramai 300 orang peserta terdiri daripada penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas, pelatih Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh dan pelatih Rumah Budak Lelaki Durian Daun Melaka.


""