| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sempena Sambutan Maulidur Rasul ?Rasulullah Rahmatan Lil A?lamin? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

15 November 2018 (Khamis) - Unit Agama Islam, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah  menganjurkan Program Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni yang bertajuk ?Rasulullah Rahmatan Lil A?lamin? bertempat di Surau An-Nur Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Program ini merupakan salah satu program tahunan di bawah Unit Agama sempena Maulidur Rasul yang diketuai Ustaz Ahmad Khalilullah Bin Hamdan di bawah selian TPP Sukur Bin Noordin. Program ini dihadiri PKP Fayrouz Bin Ahmad Zawawi, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan penceramah jemputan Ustaz Muhsin Bin Ahmad merupakan Pencetus Ummah Musim Ke-3. Seramai 150 orang penghuni dan 30 orang kakitangan bersama-sama menjayakan program ini. Program ini bermula dengan Perarakan dan bacaan selawat ke atas Rasulullah pada jam 9.00 pagi kemudian diikuti dengan ceramah berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Objektif program ini ialah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan khasnya kepada penghuni untuk mengenali keperibadian Rasulullah sebagai  panduan dan tauladan di dalam kehidupan disamping dapat mengubah diri ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.


""