| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ceramah Perdana Maal Hijrah 1440H ?Hijrah Rasulullah Tranformasi Koreksi Diri? Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting 2018M/ 1440H

Ceramah Perdana Maal Hijrah 1440H yang bertajuk ?Hijrah Rasulullah Tranformasi Koreksi Diri? peringkat penghuni Pusat Koreksional Kamunting telah diadakan pada 10 Oktober 2018 bersamaan 1 Safar 1440H bertempat di Surau Al-Hidayah, Pusat Koreksional Kamunting. Seramai 200 orang banduan telah menghadiri program ini melibatkan 70 orang banduan daripada Blok Lestari, 80 orang banduan daripada Blok Kekal dan 50 orang banduan daripada Blok Fajar.

Program ini telah bermula pada jam 2.30 petang dimulai oleh ucapan pengacara majlis Ustaz Muhammad Fakarudeen Bin Ismail dan seterusnya ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Yusof Bin Abd Razak dari Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping dengan membawa tajuk ceramah ?Hijrah Rasulullah Tranformasi Koreksi Diri?

Di akhir majlis, program diteruskan dengan soalan kuiz berdasarkan tajuk ceramah yang diberikan. Seramai 10 orang banduan telah berjaya menjawab soalan dan hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh Tuan Soetresna Bin Sarty Ketua Inspektor Penjara Pusat Koreksional Kamunting diiringi Encik Mohamad Mawardi Bin Mazuan Pegawai Psikologi Pusat Koreksional Kamunting . Majlis berakhir pada jam 4.30 petang.



""