| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja YBhg. Dato? Sri Nadzri Bin Siron, Timbalan Ketua Setia Usaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Ke Tempat Tahanan Khas Kamunting, Pusat Koreksional Kamunting, Perak

08 Oktober 2018 (Isnin) ? Pusat Koreksional Kamunting telah menerima lawatan kerja daripada YBhg. Dato? Sri Nadzri bin Siron, Timbalan Ketua Setia Usaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri diiringi YBhg. Dato? Muhamad Sade bin Mohamad Amin melawat tahanan POTA dan banduan SOSMA di Tempat Tahanan Khas Kamunting, Pusat Koreksional Kamunting. Turut sama-sama mengiringi dalam lawatan ialah YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara, Yang Dihormati KP Haji Ahmad Faudzi bin Awang, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen, Yang Dihormati TKP Ku Nawawi bin Ku Hamid, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, Yang Dihormati TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak, Yang Dihormati PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping dan Yang Dihormati PKK Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Tempat Tahanan Khas Kamunting, Pusat Koreksional Kamunting selaku tuan rumah. Lawatan dimulai dengan sesi melawat ke Blok Penempatan Tahanan POTA serta Blok Penempatan Banduan SOSMA dan disudahi dengan sesi fotografi, minum petang dan menandatangani buku pelawat.


""