| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Kali Ke-61 yang bertemakan ?Sayangi Malaysiaku?

31 Ogos 2018- (Jumaat) Bertempat di Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya, berlangsungnya Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Kali Ke-61 yang bertemakan ?Sayangi Malaysiaku?. Sambutan ini dimulakan dengan ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Pelbagai acara dilangsungkan bermula dengan Pemeriksaan Perbarisan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V. Turut Hadir dalam majlis yang warna warni ini ialah Perdana Menteri Malaysia YAB. Tun Dr. Mahadhir Mohamad dan Isteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Duta-duta Luar Negara, dan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi.

YBhg. Timbalan Komisioner Jeneral Penjara, Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional) mewakili Komisioner Jeneral Penjara mengetuai Jabatan Penjara Malaysia dipentas utama. Turut hadir ialah Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah-pengarah Negeri, Pengarah-pengarah institusi dan pegawai-pegawai kanan.


""