Matomo

Undang-Undang & Akta

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Undang-Undang

Jabatan Penjara Malaysia merupakan sebuah institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap pengurusan banduan, pelaksanaan program pemulihan, serta memastikan keselamatan institusi penjara di seluruh negara. Jabatan ini beroperasi berpandukan rangka kerja perundangan yang digariskan melalui pelbagai akta dan peraturan, yang menjadi asas kepada pentadbiran, keselamatan, serta pemulihan banduan di Malaysia.
Antara akta dan peraturan tersebut adalah seperti berikut:

1. Akta Penjara 1995 (Akta 537)
Mula berkuat kuasa pada 18 Januari 1996. Ia adalah akta utama yang menyatukan undang-undang berkaitan penjara, banduan, dan segala hal pengurusan di dalamnya. Berfungsi untuk memastikan pentadbiran yang cekap, disiplin yang teratur, dan kebajikan serta pemulihan banduan di Malaysia.

2. Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Peraturan ini merupakan pindaan pada Peraturan Penjara 1953 dan mula berkuatkuasa pada tahun 1 September 2000. Merupakan penjelasan pada prinsip-prinsip am pentadbiran penjara dan pemakaian peraturan-peraturan.

3. Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)
Berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002. Akta ini menggabungkan dan memansuhkan tiga akta lama untuk mewujudkan satu undang-undang komprehensif bagi melindungi dan menjaga hak serta kebajikan kanak-kanak di Malaysia. Fokusnya adalah pada pemeliharaan, perlindungan, dan pemulihan kanak-kanak daripada penganiayaan, pengabaian, dan eksploitasi.

4. Kaedah-Kaedah Sekolah Henry Gurney 1949.
Diperbuat di bawah Ordinan Mahkamah Juvana 1947. Bertujuan untuk menyelaras peraturan-peraturan berkaitan pengurusan dan layanan di sekolah Henry Gurney.

5. Kanun Keseksaan
(Akta 574) Merupakan undang-undang utama yang mentakrifkan pelbagai kesalahan jenayah dan menetapkan hukuman yang sepadan bagi setiap kesalahan tersebut.

6. Kanun Tatacara Jenayah
(Akta 593) Menggariskan prosedur dan tatacara yang perlu dipatuhi dalam sistem keadilan jenayah, merangkumi proses siasatan, pendakwaan, dan perbicaraan di mahkamah.

7. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)
Mula berkuat kuasa pada 31 Julai 2012. Akta ini menyediakan langkah-langkah khas berkaitan siasatan bagi kesalahan keselamatan yang mengancam kedaulatan negara, ketenteraman awam, dan keselamatan negara. Ia juga bertindak sebagai pengganti kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang telah dimansuhkan, dengan penekanan kepada prosedur siasatan dan pengurusan kes yang melibatkan aktiviti keganasan, jenayah terancang, dan seumpamanya.

8. Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA)
Mula berkuat kuasa (pindaan terkini) pada 3 Oktober 2013. Tujuan utama akta ini adalah untuk mencegah jenayah terancang dan aktiviti jenayah yang serius. Ia memberi kuasa khas kepada pihak berkuasa, terutamanya polis, untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam kumpulan kongsi gelap, jenayah terancang, atau jenayah lain yang boleh mengancam ketenteraman awam.

9. Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA)
Akt aini mula berkuat kuasa pada 1 September 2015. Akta ini adalah satu undang-undang pencegahan yang digubal untuk menangani aktiviti keganasan yang mengancam keselamatan negara. Ia memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menahan dan memulihkan individu yang terlibat dalam keganasan, dengan penekanan pada program pemulihan dan keputusan penahanan dibuat oleh Lembaga Pencegahan Keganasan, bukan menteri.

10. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Akta 316 mula berkuatkuasa pada 30 Mei 1985. Akta ini bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai pencegahan orang- orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya.

11. Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara.
Kuasa diberikan kepada Ketua Pengarah dibawah seksyen 12 Akta Penjara 1995. Ketua Pengarah pada menjalankan kuasanya boleh mengeluarkan apa-apa perintah tetap berhubung pengurusan kepenjaraan.