| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Tapak YBhg. Datuk Musa Bin Sulaiman Setiausaha Bahagian Kepenjaraan Antidadah Dan Rela, Kementerian Dalam Negeri Ke Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

23 Jun 2019 (Selasa) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menerima kunjungan Lawatan Tapak oleh YBhg. Datuk Musa bin Sulaiman Setiausaha Bahagian Kepenjaraan Antidadah dan Rela, Kementerian Dalam Negeri. Lawatan Tapak ini berkenaan perbincangan mengenai Tanah Milik Persekutuan Jabatan Penjara Malaysia di alamat Lot 6657 (Pt 154) H.S (D) 1013, Mukim Glami Lemi Daerah Jelebu kegunaan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu bertempat di Bilik Mesyuarat IPDJ. Turut hadir KP Ahmad Faudzi bin Awang Pengarah Bahagian Keselamatan & Inteligen, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan PKK Abd. Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan serta PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ.