| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Agihan Sumbangan Al-Quran Terjemahan Kepada Penghuni Penjara Taiping Sempena Ramadan Al-Mubarak Dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Agihan Sumbangan Al-Quran Terjemahan kepada Penghuni Penjara Taiping sempena Ramadan Al-Mubarak dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diadakan pada hari Rabu hingga Jumaat, 08-10 April 2020 di Surau Diri Jumaat Al-Hidayah, Penjara Taiping. Agihan ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Agama Penjara Taiping, Ustaz Mohd Khalil bin Abdullah dan diagihkan secara berperingkat-peringkat mengikut kumpulan-kumpulan Tadarus Al-Quran kepada 100 orang banduan yang mahir membaca Al-Quran di penjara ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat hukuman. Agihan ini merupakan galakan kepada banduan untuk melaksanakan Program Khatam Al-Quran (Fasa I, II, III dan IV) di bilik masing-masing sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sepanjang Ramadan Al-Mubarak 1441H.