| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Memperkasa Diri Peringkat Penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

4 Jun 2020 (Khamis) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Program Memperkasa Diri Peringkat Penghuni IPDJ. Turut hadir PKK Abd Rahman bin Taib Pengarah Penjara Negeri Sembilan bersama PKP Shahrom bin Mohamed Pengarah IPDJ. Program memperkasa diri merupakan suatu program yang dirangka khusus dengan cetusan idea dan sokongan oleh PKK Rahman Bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan bagi tujuan memberi nilai tambah kepada banduan dalam mendepani cabaran luar yang begitu mendesak. Sasaran program ini adalah banduan yang akan bebas antara tempoh 2 minggu hingga 1 bulan. Pelbagai elemen di masukkan dalam program ini meliputi aspek spiritual, psikososial dan perkembangan kerjaya. Pada 4 Jun 2020, seramai 25 orang banduan terlibat dalam sesi temuduga oleh majikan Asia Communication & Electronic Sdn Bhd yang diwakili oleh PPP(B) Thavamany Gopal. Program usahasama dengan majikan seperti ini amat penting sebagai tanda positif penerimaan masyarakat keseluruhannya terhadap banduan dan ini secara lansung memberi kesan emosi kepada banduan yang akhirnya akan menghasilkan satu tingkah laku yang mengikut norma masyarakat.