| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Kesempurnaan Solat Peringkat Kakitangan Pusat Koreksional Jasin Tahun 2020

Pada 14 Julai 2020 (Selasa), Unit Agama Bahagian Rawatan dan Pemulihan, Pusat Koreksional Jasin Melaka telah mengadakan Bengkel Kesempurnaan Solat Peringkat Kakitangan Pusat Koreksional Jasin tahun 2020. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman mengenai kewajipan solat, pendedahan dan pendidikan mengenai cara pelaksanaan solat dengan sempurna serta tatacara Solat Jamak dan Qasar yang betul. Ceramah dan praktikal solat telah berjaya disempurnakan oleh penceramah jemputan daripada Pejabat Agama Islam Daerah Jasin iaitu Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Hj Abd Manap Bin Hj Mohamad.