| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program SHG Fit & Aktif (Latihan Kecergasan Fizikal)

Pada 10 Julai 2020 Unit Latihan Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka telah mengadakan Program 'SHG Fit dan Aktif (Latihan Kecergasan Fizikal)' kepada Kakitangan SHG Telok Mas bertempat di Mini Stadium. Program latihan ini juga turut disertai oleh PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Program ini bertujuan memastikan kakitangan SHG Telok Mas sentiasa berada dalam keadaan yang baik serta mengamalkan gaya hidup sihat disamping dapat mengenalpasti tahap kesihatan dan kecergasan fizikal kakitangan.