| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Hari Raya Aidilfiri Sekolah Integriti Kota Kinabalu (SIKK) Bagi Tahun 2020

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat (SIKK) bagi tahun 2020 telah diadakan pada 29.06.2020 bermula jam 10.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari bertempat di Pusat Sumber sekolah. Majlis ini diraikan bersama semua warga sekolah iaitu pelajar (SIKK) seramai 16 orang, guru-guru dan para pegawai Zon Harapan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PP Alik Makim dan IP Lawrance Bell selaku PYM SIKK. Objektif Program ini diadakan adalah untuk memperkasakan program pemulihan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah disamping sebagai salah satu wadah untuk guru-guru menzahirkan rasa prihatin dan sayang kepada para pelajar yang tidak dapat meraikanya bersama keluarga. Dalam masa yang sama diselitkan juga sambutan hari lahir Cikgu Mohd Jefri Bin Ali Basah. Walaupun majlis ini disambut secara sederhana tetapi kemeriahanya tetap dirasai. Diucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru dan Pegawai Zon Harapan atas sumbangan juadah yang disediakan.