| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu, Pemakaian Pangkat serta Penganugerahan Pingat Komisioner Jeneral Penjara Peringkat Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan 2019

13.07.2020 ? Telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu dan Majlis Pemakaian Pangkat serta Penganugerahan Pingat Komisioner Jeneral Penjara Peringkat Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan 2019. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato? Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir YBhg. TKJP Dato? Abdul Aziz bin Abd Razak, Timbalan Ketua Pengarah (Pemasyarakatan), YBhg TKP Datuk Hj. Suria bin Hj. Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan merangkap Pengerusi Pengelola, Puan Nor Kamisah binti Che Daud, Pengarah Sumber Manusia & Pentadbiran IPPM, PKK Teyun Thian Eim, Pengarah Penjara Pusat, Kota Kinabalu dan Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi semangat dan pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan cemerlang dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Seramai 55 orang penerima APC, 2 orang penerima pangkat dan 25 orang penerima pingat KJP diraikan dalam majlis tersebut.