| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Taklimat Program I-Kembali Oleh Syarikat Ghullam Development Sdn Bhd Peringkat Penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

7 Julai 2020 (Selasa) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menerima kunjungan, Pengurus Besar Syarikat Ghullam Development Sdn Bhd iaitu Dato' Hjh Seri Murni binti Dato' Sheikh Ahmad. Turut hadir PKP Shahrom Bin Mohamed Pengarah IPDJ. Tujuan kedatangan syarikat ini adalah untuk memberi sedikit taklimat berkenaan program usahasama yang dijalankan antara mereka dan juga Jabatan Penjara Malaysia yang baru dimeterai pada awal Jun 2020. Secara keseluruhan, dalam program yang akan dijalankan memerlukan penglibatan banduan yang telah bebas di mana bekas banduan yang terpilih akan melalui satu proses saringan selama seminggu di Ghullam Centre yang bertempat di Jenjarom, Kuala Selangor sebelum ditempatkan di sektor pekerjaan mengikut kesesuian dan minat bekas banduan berkenaan. Program ini telah berlangsung di Dewan Therapeutic Community(TC) Blok Amal, IPDJ dan seramai (150) orang penghuni telah terlibat.