| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jasamu Dikenang Dan Anugerah Anak Cemerlang Penjara Negeri Sembilan Dan Negeri Melaka Tahun 2020

Pada 16 Ogos 2020 (Ahad) bertempat di Ball Room Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Anugerah Anak Cemerlang Peringkat Penjara Negeri Sembilan dan Negeri Melaka bagi Tahun 2020. Majlis dimulakan dengan ucapan dari wakil persara YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Momamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan ucapan dari wakil anak cemerlang adik Nadia Nazirah Binti Huzaini. Seramai (24) pesara dan (18) anak cemerlang telah menerima cenderahati dari POA dan PERSIAP. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bersama YBhg Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Yang DiPertua PERSIAP Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh YBhg TKJP Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), YBhg. TKJP Dato' Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah (Pemasyarakatan), YBhg. KP Dato' Mohd Sakeri bin Dollah, Pengarah Pembangunan Profesionalisme, PKK Abd. Rahman Bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan dan TKP Zaidi bin Hamid, Pengerusi POA.